SIAPA PENCURI!


Alkisah di sebuah desa ada seorang pemuda yang diberi nama Atan. Atan adalah seorang Ketua Kelab Kompang Kampung Kelaut atau dikenali KKKK telah kehilangan duit RM250. Maka dilaporkan kepada Rukun Tetangga tentang kehilangan tersebut.

Bila dah dilaporkan...Rukun Tetangga mestilah menyiasat kehilangan duit RM250 Ketua KKKK tersebut...maka Atan dipanggil memberi keterangan...

Dalam keterangnya Atan memaklumkan duit yang hilang adalah duit hasil dari simpanan dan baki bekalan wang dari abuya dan mamanya...

Keluarga Atan bukanlah dari golongan berada sekadar cukup-cukup makan sahaja... Cerita Atan tersebut membuatkan Rukun Tetangga terasa was-was dan terpaksa memanjangkan kes Atan ini kepada Jawatan Kuasa Kampung Anti Rasuah Kampung atau dikenali dengan JARAK... Maka satu persatu Atan kantoi...

JARAK dalam diam telah menjalankan siasatan dalam kes kehilangan duit Atan ini, dalam siasatan JARAK, beberapa individu rapat Atan telah dikenal pasti bagi membantu siasatan...tentulah individu ini adalah dari KKKK...

Tidak lama kemudian dikhabarkan Bendahari KKKK ditangkap...katanya juga JARAK menjumpai RM400 dalam simpanannya...

Oleh kerana satu persatu telah kantoi, maka tersebarlah pula cerita Si Peah asisten Atan yang turut hadir memberi keterangan kepada JARAK dan dituduh JARAK babikan dia...

Walau pelbagai cerita telah dijaja oleh Peah, JARAK tetap meneruskan siasatannya...

Lepas ambil keterangan bendahari KKKK maka adalah tangkapan susulan JARAK, maka dua lagi ahli KKKK ditahan dan dari tangkapan itu terjumpa lagi RM600.

Apa lagi JARAK terus menyita duit tersebut... Turut disita sebuah basikal bernilai RM100...

Tidak lama kemudian KKKK telah mengeluarkan kenyataan sedia membantu JARAK dan tidak akan melindungi sesiapa...lebih mengejutkan KKKK mendakwa duit RM600 yang disita JARAK adalah duit bantuan untuk ahli KKKK yang terjejas sebelum pada bulan puasa lalu, tapi ini dah bulan raya...Alamak kantoi lagi nampaknya...

Dalam kecoh-kecih ini ada pula cerita dari penjual lobak, Man Taro...

Man Taro mendakwa Atan telah menyelewengkan wang sayap KKKK... Duit orang kampung derma kepada KKKK diterima dalam RM900 dan dari jumlah itu, RM120 telah dipindahkan kedalam  akaun ASB Atan.

Nampaknya satu persatu kejahatan yang dilakukan oleh Atan dan KKKK terbongkar... Muda-muda lagi mereka sudah mula songlap duit....

Tidak sabar rasanya untuk tunggu hasil siasatan JARAK yang seterusnya...

Mungkin Atan akan dituduh dengan dua pertuduhan utama iaitu menyeleweng dan memberikan keterangan palsu kepada JARAK berhubung wang RM250 yang hilang dari rumahnya itu...

Maka berkerutlah muka Atan sambil menampakan gigi arnabnya itu...apa lagi hendak digoreng selepas ini...debater lah katanya....

Bersambung.....

Comments