KES GUGUR LAGI???


Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan rasuah dan pengubahan wang haram ke atas bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman selepas menerima afidavit daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menyokong supaya tuduhan dibatalkan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata melalui afidavit diterima pihaknya pada 5 Jun lalu, Abdul Gani mempertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada tahun 2012, untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Musa.

Idrus berkata, dalam afidavit itu yang difailkan Musa bagi membatalkan tuduhan terhadapnya, menyatakan bahawa Abdul Gani membuat keputusan itu berikutan siasatan mendapati wang yang terbabit adalah sumbangan politik.

Beliau berkata, Abdul Gani menyatakan keputusan itu dibuat secara kolektif oleh individu peringkat atasan, iaitu bekas Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Seri Tun Abdul Majid Tun Hamzah; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan bekas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali.

Idrus berkata, selain afidavit Abdul Gani, perkembangan terbaru dalam kes itu berkaitan dokumen dan saksi juga, tidak mewajarkan kes itu diteruskan.

Beliau berkata, dalam kes sedemikian, keterangan dokumen adalah amat diperlukan bagi tujuan pembuktian kes, tetapi dokumen syarikat dan perbankan yang dijangka, tidak dapat diperoleh secara Permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Mutual Legal Assistance) daripada Hong Kong.

Beliau berkata, Jabatan Keadilan Hong Kong baru-baru ini memaklumkan kepada pihaknya bahawa syarikat dan bank di negara itu hanya dikehendaki menyimpan rekod selama tempoh tujuh tahun.

Katanya, berkemungkinan besar bahawa syarikat dan bank berkenaan tidak lagi memiliki rekod atau dokumen yang diperlukan itu.

Noktah… Itu kenyataan Peguam Negara

46 kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah digugurkan? KS tidak berminat menyentuh soal bersalah atau tidak orang yang kena tuduh. Itu bukan kerja KS.

Apabila Musa Aman dilepas dan dibebaskan, kita menjadi marah...Golongan politikus mula menggunakan isu ini untuk menyerang kepimpinan Kerajaan dan sudah tentu serangan ini juga ditujukan kepada SPRM… Seolah-olah ada campur tangan politik yang membawa kepada pembebasan Musa Aman ini.

Maka ramailah natizen hari ini membawang…pertuduhan semberono…merosakan precedent perundangan dan bermacam-macam lagi….

Politikus-politikus seharusnya faham, tindakan Peguam Negara yang telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan rasuah dan pengubahan wang haram Musa Aman ini adalah kerana siasatan mendapati wang yang terbabit adalah sumbangan politik.

Sebenarnya, ketika ini perkara-perkara yang membabitkan pemberian dan penerimaan sumbangan politik bukanlah satu kesalahan dalam negara kita kerana negara kita masih tiada akta berkaitan dana politik.

Cakap-cakap untuk menggubal akta bagi mengawalselia pemberian dan penerimaan sumbangan politik telah lama kedengaran.

Tetapi sayangnya sehingga kini masih belum ada usul di persidangan Dewan Rakyat…

Bagi KS dengan adanya akta ini nanti mana-mana parti akan merekodkan sumber dan jumlah kewangan masing-masing.

Ya, parti politik memerlukan duit tetapi kita tak mahu ada orang kutip duit atas nama parti dan masuk poket sendiri…

Jadi perlu ada dokumen khusus menunjukkan bukti duit diberi, berapa jumlahnya dan sama ada ia betul derma atau rasuah atau sebaliknya…

Selain untuk merangka satu pelan pembiayaan politik yang lebih berintegriti, komprehensif dan inklusif, dangan adanya undang-undang ini mampu meningkatkan keyakinan bukan saja kepada anggota parti politik, malah rakyat dan generasi akan datang.

Jika tidak silap KS juga SPRM pernah mengesyorkan kerajaan mengkaji sumbangan dana politik supaya sumbangan dana kepada parti politik hendaklah dimasukkan terus ke dalam akaun parti, dan bukannya ke dalam akaun persendirian mana-mana pemegang amanah.

Masyarakat hari ini bijak menilai sesebuah parti politik berdasarkan persepsi yang tidak baik semata-mata kerana parti berkenaan dibabitkan dengan sumbangan dana politik.

Maka penting bagi sesebuah parti politik untuk sentiasa membina persepsi positif dalam kalangan masyarakat.

Jalan terbaik untuk mencapai matlamat itu adalah dengan mengisytiharkan apa juga punca kewangan sesebuah parti politik dan akaun parti.

Lagi molek parti politik juga boleh diaudit oleh juruaudit bertauliah setiap tahun kewangan berakhir atau pada bila-bila masa bagi tujuan pemantauan oleh pihak berkuasa….Jadi ada berani ke???

Kali terakhir KS dengar, Jabatan Peguam Negara telah mendraf undang-undang berkaitan pembiayaan dana parti politik yang sudah di peringkat akhir.

Akta tersebut dijangka menyentuh pelbagai aspek termasuk jumlah amaun, proses penerimaan dana dan hukuman, selain sebahagian inisiatif memastikan ketelusan serta akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan yang digariskan Pelan Antirasuah Nasional 2019 hingga 2023.

Apa khabar Pelan Antirasuah Nasional??? Masih wujud ke??? Tanya Jer...janganlah marah-marah...


Comments