SRC INTERNATIONAL: NAJIB DITUDUH PECAH AMANAH TAPI MACAI KETAGIH DEDAK!!!



Akhirnya, bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak hari ini didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

BAGI PERTUDUHAN PERTAMA, Najib Razak didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini antara 24 Dis 2014 dan 29 Dis 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

BAGI PERTUDUHAN KEDUA, Najib Razak didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

PERTUDUHAN KETIGA, Najib Razak didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

BAGI PERTUDUHAN KEEMPAT, Najib Razak didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Seperti yang telah KS jelaskan sebelum ini, Najib Razak hanya baru dituduh bagi kes dana SRC International Sdn Bhd dan bakal dituduh lagi dalam kes 1MDB dan RM2.6 Bilion.

Apa yang berlaku kepada Najib Razak hari ini adalah pertama kali tercatat dalam sejarah negara di mana seorang bekas Perdana Menteri diheret ke mahkamah atas 4 pertuduhan  pecah amanah dan salah guna  jawatannya yang memungkinkannya merengkok dalam tempoh yang lama di penjara.

Meskipun barangkali ada yang bersimpati dan menyifatkan pendakwaan terhadap Najib lebih bersifat dendam atau bermotif politik, sebenarnya jika diimbas kembali, itulah yang seharusnya dilakukan.

4 pertuduhan yang telah KS nyatakan di atas jelas dan pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Itulah fakta yang perlu dihadam oleh macai-macai #GengNajib yang masih menerima  sisa-sisa dedak… Kesian KS melihat mereka merapu di media sosial...

Kenapa macai-macai ini tidak mahu menerima fakta yang jelas dan terang-terang sudah tertulis?

Apa tujuan mereka??? Menagih dedak??? tapi tidak mungkin pula, sebab kalau tokey sudah di sebalik tembok...sapa hendak payung lagi?..dedak pun semua dah beku...nak bayar jaminan pun berperingkat…pinjam sana…pinjam sini??? Dari RM 4 juta menjadi RM 1 juta???

Terbaru...macai-macai ini cuba pula menyerang Task Force 1MDB, Shukri Abdull dan SPRM...

Tiba-tiba mereka dapat 'akal' menulis mengenai keabsahan Task Force 1MDB, Shukri Abdull dan SPRM untuk mengeluarkan kenyataan mengenai penangkapan dan pendakwaan terhadap Najib Razak.



Mungkin macai-macai ini belajar jamban kondo tokey mereka di Pavillion tu...langsung dapat idea menulis begitu...agaknya la...hanya mampu bersorak Hidup Najib!!!

KS hendak beritahu pada macai-macai ini...sudah-sudahlah 'membunuh' tokey mereka dengan cara ini...rakyat bijak menilai...lagipun mereka bukan memerintah lagi…sampai bila agaknya puak-puak ini hendak sedar?...


Rakyat Malaysia hari ini yakin bahawa salah laku Najib Razak dan keluarganya, disertai pula gaya hidup mewah, pembaziran dan segala macam onar lainnya adalah paling dahsyat dalam sejarah negara dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana era kepimpinan terdahulu.

Macai-macai perlu ingat rakyat sebagai pembayar cukai yang dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sebelum ini, tidak perlu bersimpati atau menzahirkan rasa kesian terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerana rakyat sendiri berkehendakan demikian untuk negara terus bergerak ke hadapan dan menuju pemulihan yang sebenar-benarnya.


Macai-macai fikir juga bagaimana daripada ribu-ribu juta hutang dilencongkan yang kemudian digunakan untuk bermewah, berpesta, membeli hartanah di seluruh dunia, bermurah hati membeli barang-barang kemas sebagai hadiah dan sebagainya.


Fikirlah seterusnya bagaimana Najib Razak dan keluarganya memiliki simpanan tunai dalam 26 jenis matawang berjumlah RM116 juta di rumahnya beserta beg tangan, barangan kemas, jam tangan dan sebagainya yang jumlahnya mencecah ribuan juta.

Fikir...fikir...fikir dan adakah nasib serta keadaan kita sebagai rakyat difikirkan oleh Najib Razak dan puak-puaknya yang terkait sebelum ini?

Tunggu tangkapan dan pertuduhan seterusnya…maka terkuburlah macai-macai mati kebuluran akibat duk nganga tadah dedak!!!


KS: Kak Mah naik kereta nak pi mana malam-malam ni???

Comments