I CAN SEE YOUR FACE 6



Armada setegas-tegasnya tidak menyokong sebarang bentuk penyelewengan wang. Maka kami alu-alukan penyiasatan dijalankan dengan adil.

Namun RM600,000 yang disebut adalah sebahagian dari jumlah wang yang dikeluarkan bagi persiapan untuk kegunaan bantuan Covid-19, bulan Ramadan dan hari raya.

Hal ini adalah kerana ketidaktentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

Bantuan Ramadan dan bantuan PKP katanya....

Tapi ini sudah bulan Syawal??? Kenapa masih tidak diagihkan???

Adakah ini salah guna kuasa??? penyelewengan??? Atau seperti yang telah KS perjelaskan kerana kuasa yang dimiliki dijadikan alat untuk mengaut kekayaan secara haram.

Soal haram halal bukan lagi perhitungan yang tidak kira apapun melintas di depan mata waima bangkai sekalipun akan dibahamnya.

Duit telah mengaburi mata mereka sehingga gagal menjalankan amanah yang telah diberikan.

Benar...semua daripada kita tidak lari dari melakukan dosa... Namun sepatutnya beza kita dengan Iblis seperti bezanya bapa kita Adam dibandingkan Iblis.

Iblis itu apabila derhaka kepada Allah, dia mencari alasan menghalalkan tindakannya yang menyanggahi arahan Allah.

Sementara Adam apabila dia melanggar arahan Allah, dia akur kesalahannya dan mohon keampunan. Maka, kita wajar mengikut jejak langkah bapa kita Adam.

Setiap kita memang pendosa, namun jangan cuba menghalalkan dosa. Menghalalkan dosa merupakan satu ketakaburan di hadapan Allah.

Justeru itu Allah melaknat Iblis dan menghukumnya sebagai kufur. Sementara Adam diampunkan dan ditabal sebagai khalifah di bumi.

Maka, fahamilah perkara ini. Mencuri merupakan dosa. Gunakan kuasa yang dimiliki dijadikan alat untuk mengaut kekayaan secara kemudian menggunakan nama Allah dan Islam untuk 'menghalalkan' perbuatan curi itu jauh lebih besar dosanya.

Ia satu pendustaan menggunakan Allah dan agamaNYA. Bahkan boleh membawa kerosakan akidah kerana menghalalkan apa yang haram di sisi Allah.

Rasuah merupakan dosa. Tapi rasuah kemudian menggunakan nama Allah dan Islam untuk 'menghalalkan' perbuatan rasuah itu jauh lebih besar dosanya.

Ia satu pendustaan menggunakan Allah dan agamaNYA. Bahkan boleh membawa kerosakan akidah kerana menghalalkan apa yang haram di sisi Allah.

Demikianlah semua dosa yang ALLAH dan RasulNYA mengharamkan kita melakukannya, termasuklah berbohong dalam perkara yang tidak dibenarkan.

Siakap  Senohong , Gelama Ikan Duri , Bercakap Bohong , Lama - Lama Mencuri' -  itulah ingatan orang tua - tua kepada anak - anak mereka…

Benar itulah yang terjadi…

Akhir sekali, Geng Parti Bunga Buangan alu-alukan siasatan SPRM yea? KS nak tanya lah... Tak takut kena berdiri satu kaki ke? tak takut kena cerca dan diugut ke??? Tanya jer...

Comments