Kuasa yang dimiliki dijadikan alat untuk mengaut kekayaan secara haram.
Soal haram halal bukan lagi perhitungan yang tidak kira apapun melintas di depan mata waima bangkai sekalipun akan dibahamnya.
Duit telah mengaburi mata mereka sehingga gagal menjalankan amanah yang telah diberikan.
Terfikir juga, tidak takutkah mereka jika tertangkap? Sudah pasti mereka aka hilang pekerjaan disebabkan perbuatan menerima rasuah.
Namun itulah pengaruh duit. Apabila mata telah dikaburi dengan duit yang banyak segala-galanya boleh. Tidak kira halal dan haram. Semuanya bercampur-baur.
Itu belum dikira duit rasuah tersebut digunakan untuk membeli makanan dan minuman abuya..umi...isteri serta anak-anak dan mungkin buat kekasih gelap.
Walaupun kekasih gelap..mereka tidak bersalah. Yang bersalah adalah si jahamam ini... Sebab itu jangan marah jika anak-anak tidak menjadi. Mungkin puncanya hasil daripada duit haram.
Ada juga yang sanggup mengkhianati amanah kerana gaya hidup mewah. Mungkin elaun bulanan yang diterima tidak cukup untuk menampung kehidupan. Mana tidaknya, kereta yang digunakan kereta mewah, pakaian yang dipakai semuanya berjenama mahal, kaki kelab dan teman wanita silih berganti...ops...
Mana cukup kalau elaun dalam parti setakat RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Sekurang-kurangnya mereka perlu RM5,000 ke atas atau mungkin boleh mencecah lima angka sebulan.
Sebab itu mereka perlukan duit tambahan setiap bulan dan cara paling mudah adalah mengkhianati amanah yang diberikan. Caranya mereka mula merasuah sesama mereka…
Lebih malang lagi, kebanyakan mereka yang melakukan perbuatan ini adalah dalam kalangan saudara seislam kita. Yang diajar tentang halal dan haram. Yang diajar tentang pahala dan dosa. Namun semuanya itu tidak bermakna disebabkan rasuah.
Inilah bahana hamba duit. Sebab itu pengkhianat dan rasuah disifatkan sebagai musuh negara dan perlu dibanteras habis-habisan.
Jika virus ini singgah di mana-mana ia akan menjadi satu penyakit dan jika dibiarkan boleh menjadi barah.
RM250K hilang...jumpa RM400K pula...dengar2 ada jutaan ringgit lagi bakal dibonggar???
Masih Bersatu, Beramanah, Bermaruah lagi ke???
Wallahuaklam…
Comments
Post a Comment