Main politik ni strategi, bukan letak emosi di depan.
Kita tengok Tun M dan Tan Sri M, kedua-duanya steady tapi hebat berpolitik. Tun itu tok guru Tan Sri. Kedua-duanya saling lengkap melengkapi.
Apa yang kita lihat di luar, belum tentu sama dengan apa yang berlaku secara tersirat, hakikatnya hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
Yang "claim" orang rapat ataupun pegawai khas Tun pun bukan tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua.
Politik ni agak sukar dijangka, tambahan pula jika melibatkan Ayahanda Tun kita.
Kita biarkan je lah segala yang berlaku sepanjang 7 hari lepas menjadi peristiwa yang akan dikenang seumur hidup kita.
Pemimpin politik PH pula KS tengok bila tiada kuasa mula beremosi. Terlalu obvious sampai ke tahap "meroyan".
Kita pun sama juga. Itu sebab kita hanya jadi penggiat media sosial bukan ahli politik sebab kita cepat koyak.
Kita pun jangan terlalu emosi. Dunia politik ini memang ada kalanya kejam bagi yang kalah.
Prinsip dan perjuangan adalah dua benda berbeza.
Sebab prinsip boleh disesuaikan mengikut percaturan tetapi perjuangan akan tetap sama bagi ahli politik, biar duduk di belah mana sekalipun.
Macam kita, kalau betul kita ada prinsip dan kita ni pejuang. Buat je la yang terbaik dan berusaha mempengaruhi kerajaan baru menerusi suara kita di media sosial.
Nota Kaki: Janganlah ambil hati dengan kata-kata Tun M. Kepada musang-musang di belakang Tun M, hentilah menunggang Tun M. Jadilah pemberani!!!
Comments
Post a Comment