Petang semalam Tun M sudah maklumkan penyelesaiannya bukan bubar Parlimen tetapi kerajaan baru berasaskan wakil rakyat bukan wakil parti.
Adakah kita fahami apa yang tersirat perutusan Tun M…?
Kabinet tidak ditentukan oleh parti politik.
Menteri kabinet boleh dilantik dari MP yang berwibawa dari semua parti dan boleh juga dari kalangan professional.
Tidak ada lagi keperluan untuk memberi kedudukan menteri berdasarkan kekuatan parti.
Tidak ada lagi pihak pencadang dan pembangkang. Semua ahli Parlimen bebas untuk berdebat.
Tidak akan berlaku keadaan dimana blok kerajaan perlu menyokong cadangan/usul/polisi kerajaan dan blok pembangkang perlu sentiasa membangkang agar tak dilihat menyebelahi kerajaan. Semua ahli parlimen bebas untuk menyokong atau membangkang tanpa perlu risau kedudukan.
Perdebatan di parlimen akan lebih sihat dimana perbahasan menjurus kepada isu dan bukannya macam sarkis politik.
Cadangan/usul akan lebih cepat dibahas dan diputuskan kerana tidak ada adegan sarkis dalam parlimen yang boleh menggangu perbahasan. Perbahasan akan jadi lebih berkualiti.
Akan berkurang lah pertikaian politik yang membuang masa.
Tindakan flip flop atau u-turn dapat dikurangkan kerana ianya adalah melalui perbahasan yang sihat.
Inysha Allah, Negara akan lebih aman, maju dan berjaya dengan tertubuhnya Unity Government atau Perikatan Nasional yang bukan berdasarkan parti…
Perlu difahami sangat-sangat Unity Government aka Perikatan Nasional yang dicadangkan Tun M bukan berdasarkan parti tetapi Muafakat Nasional yang dicadangkan oleh parti tertentu masih berasaskan parti.
Tetapi mungkin ada sesetengah orang politik tak suka dan akan minta untuk bubar parlimen sebab mereka meletakkan politik lebih tinggi dari kepentingan negara dan rakyat.
Nota kaki: Sayu hati ini bila Tun berkata... Saya tidak cari untuk disukai ramai... Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara..." "Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan. Jika diizin inilah yang akan saya cuba...Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini"...
Comments
Post a Comment