Jika tiada apa aral melintang, rasanya hari ini kita akan tahu siapakah yang akan menerajui kerajaan kita ini.
Perkara ini akan diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan di mana antara prosesnya, Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sendiri akan menemuramah ahli Dewan Rakyat seorang demi seorang bagi menentukan siapakah yang mereka yakini boleh mengetuai pentadbiran negara kita ini.
Rasanya semua SD yang dengarnya telah ditandatangani ahli-ahli Dewan pelbagai parti setakat ini tidak boleh diguna-pakai lah kerana Baginda sendiri yang akan tanya semua ahli Dewan ini secara berdepan.
Semalam Baginda telah bertemu 90 ahli Dewan untuk perkara tersebut dan selebihnya hari ini.
Ini bukan perkara main-main dan kita harap proses ini akan berjalan lancar.
Demi Malaysia.. Insya Allah...
Comments
Post a Comment