Apa sebenarnya yang mereka mahu? Itulah persoalan yang bermain di fikiran… apabila ‘serangan demi serangan’ dilancarkan ke atas SPRM sejak kebelakangan ini.
Kecaman mula dilemparkan kepada SPRM apabila SPRM mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Peliknya apa sahaja tindakan dilakukan SPRM tanpa memilih bulu atau parti mana diwakili oleh individu tersebut, SPRM terus menjadi sasaran serangan.
Kenapakah tidak membiarkan sahaja SPRM menjalankan tugasnya?
Tindakan SPRM berdasarkan fakta dan bukti…
KS nasihatkan kepada semua penyokong politik..tidak kiralah sesiapapun… Kalau benar semua benci rasuah dan salah guna kuasa serta ada dalam kalangan mereka sering menggambarkan merekalah paling bersih di muka bumi Allah ini, kenapakah mahu mengganggu dan mempersoalkan tindakan SPRM?
Yang ddedahkan SPRM bukannya terus dihantar ke penjara sebaliknya mereka akan disoal siasat dan jika cukup bukti akan didakwa dan di mahkamah mereka berpeluang membela diri dengan barisan peguam yang hebat-hebat belaka.
Jadi, kenapakah mahu bising, mempersoalkan tindakan mendedahkan rakaman percakapan itu?
Kenapakah mahu memberi tekanan kepada agensi itu seolah-olah apa yang sedang dilakukan oleh SPRM tidak betul?
Hormatilah tugas SPRM. Bagi KS, agensi tersebut menjalankan tugas dengan profesional demi melaksanakan amanah rakyat bagi memerangi rasuah dan salah guna kuasa habis-habisan.
SPRM menjalankan tugasnya secara profesional dan berhemah. Semua tindakan dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang dan sama sekali tiada kaitan dengan politik…
Paling malang sekali bila adanya bekas Pegawai Kanan SPRM sendiri...Ada yang masih suka menjadi lalat-lalat...yang tidak faham dengn bidang kuasa SPRM sebenarnya menjadi barah kepada SPRM apabila hanya tahu melalak di Facebook.
Janganlah bersikap hipokrit bercakap berdegar-degar di depan orang kononnya mahu memerangi rasuah dan mempolitikkan statistik rasuah bagi mencari publisiti murahan, tetapi apabila SPRM bertindak terlompat-lompat pula macam kera kena belacan! Boleh bayangkan lalat menjadi kera mendapat belacan???
Comments
Post a Comment