Pelbagai respon diterima apabila SPRM mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Seperti apa yang KS perkatakan sebelum ini, kita perlu telaah dari pelbagai sudut supaya kita lebih rasional...
Peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku pada tahun 2016 seharusnya diulas dan difahami.
Rakyat Malaysia telah ditipu bulat-bulat dan telah dikhianati oleh mereka yang memegang jawatan-jawatan tertinggi di kerajaan pusat pada masa itu, yang mana tugasan utama mereka adalah untuk menegakkan pentadbiran keadilan dan juga untuk mengawal kepentingan negara.
25 Januari 2016
Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telah mengadakan satu sidang media untuk membersihkan nama Mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak daripada apa-apa pertuduhan berkenaan kes skandal antarabangsa 1MDB/SRC
26 Julai 2016
Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan (Azwan Bro) telah membuat satu laporan polis terhadap TS Abu Kassim, TS Zeti dan TS Abdul Ghani Patail dan menuduh mereka-mereka ini telah " berkomplot untuk menjatuhkan DS Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang telah dilantik secara demokratik"
1 Ogos 2015
TS Dzulkifli Ahmad, mantan KP SPRM dan mantan TPR Jabatan Peguam Negara- individu yang sering dikaitkan dengan isu-isu membocorkan maklumat-maklumat rahsia dan juga telah berkomplot untuk menutup kes-kes terhadap DS Najib Razak pada awal tahun 2016 seperti yang dapat didengar di dalam rakaman audio yang juga telah dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM menggantikan TS Abu Kassim
Seterusnya, tiada apa-apa langsung di dalam perbualan di antara suami isteri, DS Najib Razak dan DS Rosmah yang menunjukkan ianya satu perbualan peribadi yang perlu dirahsiakan (menutup aib) daripada rakyat Malaysia, kerana mereka bukanlah pasangan suami isteri yang biasa dan juga bukanlah satu perbualan yang biasa. Ini adalah satu perbualan di antara Mantan Perdana Menteri bersama isterinya berkomplot dan merancang untuk menggunakan personaliti-personaliti asing untuk menutup segala salah laku mereka!
Tidak ada lansung sebarang perlanggaran kedaulatan undang-undang ("rule of law").
Bagi KS ini memperlihatkan betapa bersungguh-sungguh SPRM menjalankan tugas dan keputusan yang dirasakan baik untuk mereka menjalankan tugas.
Jadi adakah perkara seumpama ini kita boleh kata SPRM sambil lewa dalam menangani isu rasuah?..atau SPRM bermotifkan politik???
Apa yang KS nampak, SPRM mahu rakyat tahu kebenaran yang disorok selama ini....
Kebenaran adalah perkara yang lebih besar dan perlu diutamakan dalam hal ini....
Jika rakyat tidak didedahkan perkara ini sekarang...sampai bila-bila rakyat terus keliru, tertanya-tanya dan lebih malang percaya kepada berita dusta...
Inilah pejuang rasuah sejati...
Cerminlah diri kita terlebih dahulu, apakah pengorbanan yang paling besar pernah kita lakukan demi memerangi rasuah atau membantu negara??..
KS: Kepada macai Bosskur tak kebas ke lidah dok menjilat???
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino