Kita telah memasuki tahun 2020 dan apabila membincangkan mengenai topik Wawasan 2020, antara perkara hangat diperkataan ialah berkaitan tahap minda rakyat Malaysia yang dikatakan masih belum selari dengan Wawasan 2020.
Ditambah pula kini tahun 2020 yang dikatakan sebagai titik permulaan abad penuh kecanggihan dan teknologi, namun masih terdapat segelintir rakyat negara kita mindanya berada di tahap mundur atau kelas ketiga.
Lebih hairan, yang mempunyai minda sebegini bukan calang-calang orang, tapi mereka ini ada dalam kalangan golongon profesional seperti peguam, doktor serta pegawai tinggi kerajaan.
Apa yang ingin KS ulas kali ini bukan isu buang sampah dari tingkat atas rumah flat atau tidak flush kencing selepas menggunakan tandas awam yang sering dikaitkan dengan minda masyarakat kelas ketiga.
Tetapi ia adalah isu 'sampah' dan 'najis' bukan fizikal berbentuk fitnah atau propaganda jahat yang 'dibuang' menerusi media-media khususnya media sosial.
Sampah dan najis ini jika tidak dicuci maka itulah yang akan masuk dan dihadam dalam minda masyarakat.
KS bawakan contoh najis yang dilempar kepada masyarakat, telah diviralkan kononnya tindakan SPRM mendedahkan 9 rakaman perbualan telefon yang yakni suara-suara dalam rakaman itu adalah pemilik individu yang disebutkan, antaranya Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad serta beberapa lagi kepada media telah memprejudiskan perbicaraan di mahkamah dan membuktikan SPRM tidak profesional dan dipengaruhi oleh parti politik tertentu.
Didesak pula untuk KP SPRM meletak jawatan dan pelbagai lagi tomahan pelik.
Berita-berita beginilah yang KS katakan sebagai sampah atau najis yang dilempar dan dihambur kepada masyarakat untuk dihadam.
Keji bukan?
Orang ramai yang tidak mempunyai akses atau sumber-sumber kredibel berkaitan siasatan ini, sudah pasti menerima fitnah ini sebagai sesuatu yang sahih.
Kenyataan ini juga adalah tergolong sejenis sampah yang dilempar untuk mengotorkan minda masyarakat.
Pesan KS, sebagai seorang pengamal undang-undang perlulah rajin mengkaji akta-akta sedia ada. Lihat apa yang termaktub dalam Sekyen 29(4) Akta SPRM. Siapa yang boleh membuat pendedahan mengenai siasatan dan maklumat? Adakah dengan mengikut akta ini SPRM ditomah menghina dan membelakangan undang-undang dan mahkamah???
Wahai cerdik pandai sekalian silalah kaji...baca, baca dan baca.
Wahai cerdik pandai sekalian silalah kaji...baca, baca dan baca.
Lagipun, jika tidak berpuas hati, mohonlah gag order dari mahkamah dan bukannya membuat bising di sana-sini hingga mengotorkan minda masyarakat dengan palitan sampah-sampah.
KS: Demi negara, tidak akan jemu membersihkan najis. Salam Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih! Dan tahukah anda Sesyen 43 Akta SPRM juga membolehkan SPRM memintas, mendengar dan merakam setiap panggilan dan perbualan.
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino