Biasanya Islam memang datang dalam dua bentuk. Pertama suruh dan kedua jangan.
Jadi SPRM sebagai agensi menentang dan membasmi rasuah, kalimah jangan itu tidak lari daripada bidang tugasannya.
Jadi ini adalah salah satu ijtihad SPRM dalam menangani isu-isu rasuah.
Bagi KS ini percubaan yang baik dan boleh dikembangkan dan difikirkan dari semasa ke semasa.
Sebagaimana yang dinyatakan (sabda Rasulullah SAW) “Hikmah itu adalah barang kehilangan bagi orang yang beriman. Di mana dia jumpa, dia berhak mengambilnya.” Maknanya, apa sahaja idea baharu yang tuntas dan baik termasuk kempen yang membawa kesedaran, maka semuanya tidak menjadi satu kesalahan.
Inilah sifat yang sebaiknya, kita mencuba dan sanggup untuk meredah serta melakukan perubahan.
Apa yang penting juga, kita tanamkan dalam minda masyarakat sejak tadika lagi bahawa rasuah ini satu gambaran yang jijik, keji, kotor dan tidak baik. Jangan nampak kereta atau rumah yang besar tapi nampak natijah yang sangat buruk. Kita tanamkan gambaran seperti itu.
Sebagai contoh kalau kita cakap dalam konteks masyarakat Islam, sejak nenek-moyang kita sampai sekarang, bila sebut babi sahaja memang berat benar. Tak boleh langsung. Maknanya, tak makan dan apa-apa benda sebut khinzir tak boleh. Memang teruk sangat.
Tetapi dalam bab-bab yang lain pun kita kena ambil pendekatan yang hampir sama. Kita nampakkan rasuah adalah satu jenayah yang boleh menghancurkan kehidupan seseorang, institusi kekeluargaan, masyarakat, peradaban dan negara.
Rasuah menjahanamkan negara, rasuah menjadikan ekonomi merudum, keyakinan pelabur kurang, hilangnya penghormatan terhadap seseorang, kehormatan akan jatuh, hilangnya maruah dan pandangan yang begitu teruk terhadap seseorang itu. Tidak ada satu pun gambaran yang baik tentang rasuah.
Wallahualam… Salam Aidiladha.
Nota Kaki: Semoga TKP SPRM, DS Azam diberi kekuatan dan kembali sihat.
Comments
Post a Comment