WARKAH BUAT DATUK SERI IGP???


Salam Datuk Seri.

PDRM menunggu dgn penuh harap pada mulanya apabila ada ura ura Datuk Seri akan menjadi IGP.  Sejak tahun 1998, PDRM memang memerlukan daya kepimpinan drastik untuk kembali ulung. Bukan hanya kata kata dari setiap seorang IGP yang baru.

Contohnya, Datuk Seri Fuzi Harun memberi harapan besar apabila beliau dgn penuh kesedaran diri, akan membawa PDRM kembali kepada asas (back to basic) semasa mula mula menjadi IGP. Penampilan umum yg beliau paparkan pun sangat merendah diri.

Namun, PDRM masih meneruskan perbuatan lama, meneruskan STAGG, STAFOC, STING. Pengarah pengarah pencen masih lagi dijadikan SPP. Tidak ada langsung back to basic nya. Malah semakin parah.

PDRM sekarang sangat berharap kepada kepimpinan baru. Datuk Seri juga telah memberi harapan baru, walaupun kelihatan melawan arus kemahuan ramai dalam pasukan. Perkara pertama yg Datuk Seri dilihat telah melawan arus kemahuan ramai ialah penerimaan IPCMC. Namun, percayalah Datuk Seri, ramai juga pegawai dan anggota PDRM yg bersetuju dgn Datuk Seri dalam penerimaan IPCMC ini. Ia umpama ubat yg pahit, perlu ditelan untuk kesembuhan PDRM. Bravo Datuk Seri !

Namun, penampilan Datuk Seri sebagai ketua yang terlalu humble, contohnya, beruniform IGP dan diperiksa oleh Konst. Polis Bantuan di Airport,  agak merunsingkan. Mmg tidak salah, tetapi nampak tidak cantik. Kita dilatih untuk tegas, 'sombong', berani dan memimpin. Kita dilatih untuk menghormati ketua, tabik hormat pegawai atasan. Orang putih kata, command and control. Ingat PULAPOL ? Di era kegemilangan PDRM, PULAPOL adalah tempat kita berubah dari seorang anak petani arau anak konstabel, kepada seorang pegawai polis yang tegas, 'sombong' dan berani. Walaupun kita sedar kita masih  anak petani, tetapi pemikiran kita berubah oleh beberapa bulan latihan lasak di PULAPOL. Cikgu Cikgu di PULAPOL zaman kegemilangan itu sungguh hebat. My salute !

Saya tak tahu lah, mcm mana PULAPOL sekarang ini. Saya dgr, Komandan pun boleh dilambung lambung oleh pelatih semasa passing out. Manja.

If true, that is not the real PDRM style.

Datuk Seri.
Sebagai seorang yang sudah lebih tiga puluh tahun berkhidmat dengan PDRM, saya mencadangkan perkara seperti berikut :

1. IMEJ PDRM.

Mansuhkan D7. Tidak perlu saya nyatakan kenapa. Saya percaya unit unit biasa dalam JSJ cukup berupaya untuk mengendalikan  isu isu berkaitan maksiat, judi dan gangsterisme, selain menjalankan tangkapan dan siasatan. Jika diperkasakan dan diberi tanggungjawab, OCS pun boleh mengendalikan isu isu tersebut. Apa takut penyelewengan jika IPCMC sudah ada?. Selama ini pun D7 sudah lama menyeleweng dan memburukkan imej PDRM dan mempalitkan unit unit lain sebagai korup. Bukan semua pegawai dan anggota PDRM ini korup, tetapi terpalit. Unit D7, Unit Perjawatan di Bukit Aman dan beberapa orang Pengarah di Bukit Aman, perlu ditukar. Pengarah pengarah lulusan Kadet ASP itu lah puncanya menjadikan imej PDRM seperti sekarang ini. Idea dan cara mereka mengemudikan PDRM langsung membuatkan PDRM menjadi kelam kabut.

2. PENUGASAN DAN KENAIKAN PANGKAT.

Tukar pegawai pegawai tertinggi di Unit Perjawatan di Bukit Aman. Mereka lah yg bertanggungjawab meletakkan pegawai pegawai dan anggota anggota di jawatan jawatan tertentu di dalam seluruh PDRM dgn tidak mengambil kira prinsip 'the right person for the right job'.  Tindakan kenaikan pangkat untuk mengisi sesuatu jawatan sering berdasarkan kroni, wang dan kenalan dan bukannya berdasarkan  kepada kelayakan atau kebolehan seseorang pegawai atau anggota. Ada juga kes kes di mana nama pegawai dan anggota yg dinaikksn pangkat atau ditukar ke sesuatu jawatan, dipalam atau diubah, walaupun selepas keputusan dibuat oleh mesyuarat kepimpinan untuk menaikkan pangkat atau menukarkan jawatan seseorang pegawai. Ada bukti bahawa nama nama di lampiran lampiran awal AP diubah oleh pihak perjawatan di Bukit Aman, walaupun IGP atau Pengarah Pengurusan sudah tandatangan  di lampiran akhir sesuatu AP itu. Rasanya IGP tidak  perasan tindakan menukar nama atau 'palam' nama ini.

Pihak Perjawatan perlu dianggotai oleh orang orang yg berintegriti dan sayangkan pasukan PDRM, seperti Datuk Seri. Begitu juga dengan pengambilan baru. Pihak pengambil harus ada integriti, mengambil orang orang awam yg benar benar layak, bukannya berdasarkan kenalan atau arahan dan permintaan dari pihak pihak tertentu. Baik buruknya PDRM, bermula dari pengambilan.

3. PENCEGAHAN JENAYAH.

JPJKK adalah tambahan Jabatan dalam PDRM yang tidak perlu. Bubarkan saja JPJKK. Terlampau ramai pegawai berpangkat tinggi dari DSP, Supt hingga ke ACP diletakkan dalam JPJKK di setiap Kontinjen. Di Bukit Aman lagi ramai pegawai berpangkat berbintang bintang. Mereka ini umpama menghabiskan beras saja dalam PDRM. Bukannya mereka malas atau tidak mahu kerja, tetapi mereka tidak ada kerja. Pencegahan Jenayah yang dilakukan oleh JPJKK sekarang ini seperti HPP, ceramah sana sini, pamiran sana sini, kempen VSP dan sebagainya, adalah waste of time and man power. Pencegahan jenayah? Pencegahan sebenar adalah dgn menghapuskan penjenayah, bukannya memujuk rayu mereka melalui kempen kempen, supaya jadi orang baik. Criminals have to be taken out of the society, put them in prison. Kerja siapa? Bukan JPJKK. Tapi kerja JSJ. Kerja IO. Kerja KBSJD. Saya cadangkan JPJKK dimansuhkan. Perkasakan JSJ. Letakkan detektif detektif yang berkualiti, yang ada otak, yang seronok dan mahu bekerja menghapus jenayah. Turun naiknya jenayah indeks, jadikan tanggungjawab KBSJD dan OCS.

4. PERANAN OCS.

OCS atau Ketua Polis Balai perlu diperkasakan. Mereka lah yang melakukan pencegahan jenayah, bukannya JPJKK. Keanggotaan OCS perlu ditambah. Tidak keterlaluan jika JPJKK dimansuhkan dan pegawai serta anggota dan unit unit di JPJKK diletakkan di bawah seliaan OCS. After all, pencegahan jenayah adalah tugas OCS. OCS perlukan anggota dan logistik. MPV, URB, Pelancongan dan unit pencegahan lain sepatutnya dikawalselia oleh OCS. Jawatan KBPJKK di IPD tidak perlu jika OCS diperkasakan. Back to basic. Bayangkan jika OCS mempunyai jumlah keanggotaan dan logistik yg sekarang ini dimiliki oleh JPJKK. Letakkan tanggungjawab turun naik jenayah di sesuatu kawasan di bawah tanggungjawab OCS dan KBSJD. Tetapi OCS dan KBSJD perlu diperkasakan terlebih dahulu, dari segi keanggotaan dan logistik. Barulah back to basic.

Tolak MPV dan URB, seluruh JPJKK is a no use department in PDRM. Think about it.

5. PUBLIC FRIENDLY POLICE?

Kurangkan aktiviti aktiviti membazir masa, anggota dan kewangan  dengan menyibukkan diri PDRM dalam urusan urusan orang lain seperti Kor SUKSIS, Polis Bantuan, Persatuan Pencegahan Jenayah, MCPF,  wakil Polis di Surau Surau, dan sebagainya. What for? Mencegah jenayah? Nonsense. Malah jika keanggotaan PDRM digunakan sebaiknya, PVR pun kita tidak perlukan.  Itu semua idea ketua ketua dalam PDRM yang lulusan Kadet ASP yg memikirkan diri mereka adalah "know all" persons. Akibat idea idea katon itulah sebabnya PDRM menjadi seperti sekarang ini. Tepuk dada tanya salera.

6. FBI

Idea untuk SB dikeluarkan dari PDRM dan dijadikan seperti FBI adalah idea yang cantik. After all, selama ini pun SB tidak berapa membantu dalam hal hal jenayah. And they make themselve look like they are not part of PDRM. With SB out of PDRM, there will be more check in the real PDRM, ie the IPCMC, SPRM and the SB (Malaysian FBI), surely.

RUMUSAN DAN PERMOHONAN

Sebagai rumusan, saya berharap Datuk Seri tidak perlu mengarahkan siasatan untuk mengetahui siapa diri saya. Saya adalah salah seorang pegawai polis yang sayang dan masih yakin dengan PDRM.  Saya penuh harap kepada kepimpinan Datuk Seri.  Pandangan ini saya utarakan melalui whatsapp kerana saya tahu, dalam PDRM kita tidak dibenarkan menegur pihak atasan. Pandangan saya ini dibuat kerana wujud harapan baru untuk PDRM terhadap kepimpinan Datuk Seri. Muga PDRM berupaya bangun dari penyakit buatan kepimpinan kepimpinan terdahulu.

Salam.

NOTA KAKI: PEDULIKAN APA ORANG KATA, SEMOGA DS IGP TERUS DIBERI KEKUATAN MEMIMPIN PDRM DAN KOMITED BERI KESEDARAN RASUAH DOSA BESAR KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN ANGGOTA.

Comments

Post a Comment