MASUKKAN AFIDAVIT… JAWAB DI MAHKAMAH!!!


“41 responden ada peluang untuk menjawab isu dan kes terhadap mereka. Sesiapa yang ada bukti untuk menunjukkan cerita sebaliknya macam mana duit itu datang... dipersilakan untuk masukkan afidavit dan kita jawab di mahkamah.

“Kalau kita setakat memberi berita melalui media dan sebagainya, itu hanya untuk sekadar sensasi. Masukkan dalam afidavit, baru ia menjadi keterangan yang boleh dipakai di mahkamah,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

Latheefa berkata demikian semasa mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang mahu SPRM tampil dengan bukti kukuh terhadap dakwaan berkenaan.

Najib menyatakan beliau mempunyai bukti bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah sumbangan Kerajaan Arab Saudi.



KS bersetuju dengan kenyataan Latheefa, mana-mana individu atau entiti yang terlibat dalam kes permohonan perlucutan hak sivil yang difailkan SPRM bagi memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB boleh memfailkan afidavit itu terhadap SPRM.

Afidavit ini membolehkan responden mengemukakan bukti kukuh untuk menyangkal penglibatan mereka dalam skandal melibatkan syarikat pelaburan itu.

Bukankah itu cukup bagus dan langkah terbuka SPRM dalam isu ini???

Selain itu juga melalui afidavit ini terang-terang responden ada peluang untuk membela diri.

Jika benar Najib atau mana-mana responden mempunyai bukti bahawa dana yang disalurkan dan diterima adalah dari saluran yang betul, maka kemukakanlah di Mahkamah atau sebenarnya mereka risau kerana selepas ini mungkin lebih banyak bongkaran baru akan diketahui rakyat???

NOTA KAKI: DENGAR-DENGAR ADA BEBERAPA RESPONDEN YANG TELAH MENYATAKAN PERSETUJUAN UNTUK MEMULANGKAN SEMULA WANG KEPADA KERAJAAN TANPA MENUNGGU PROSES PERBICARAAN??? KENAPA BOSSKU??? SUDAH MALUKAH BOSSKU???

Comments