KENAPA PERLU SIBUK PASAL BINTANG UNIFORM LK???


Selepas dikritik beberapa pihak mengenai pakaian seragamnya, KP SPRM, Latheefa Koya tampil memberi penjelasan.

Menurut Latheefa, beliau menyambut baik dan berterima kasih kepada mereka yang telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap pakaian seragam yang dipakainya itu.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai pakaian seragamnya yang dipakainya itu, Latheefa berkata, pertamanya, bar ribbon yang dikepilkan ke pakaian beliau itu adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang telah mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti yang disenaraikan.

Jelasnya lagi, walaupun pada asasnya ianya adalah betul dan boleh diterima, namun terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon yang kini telah pun diperbetulkan.

“Secara telus saya mengaku, saya baru sahaja mempelajari berkenaan lencana pangkat, bar ribbon dan pemakaian seragam.

“Prioriti segera saya sejak mengambil alih tugas adalah melibatkan beberapa kes rasuah yang serius dan bukanlah butiran pemakaian seragam saya,” katanya menerusi satu kenyataan.

“Keduanya, saya tidak memakai pingat sebagaimana yang diperkatakan oleh beberapa pihak. Bar Ribbon ini tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dikurniakan dari pihak Istana, samada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat Negeri.

“Butiran lain di atas baju seragam saya adalah lencana-lencana pangkat yang saya dikehendaki memakai sebagai Ketua Pesuruhjaya dan adalah berdasarkan perintah tetap,” katanya.

Terdahulu, isu berkaitan butiran pakaian seragam Latheefa sebelum ini diperkatakan di media sosial dan turut dikritik beberapa pemimpin pembangkang.


Isu 'Bintang Kebesaran' itu timbul selepas macai-macai UMNO mempertikaikannya.

Jadi wahai macai-macai yang wajib jadi kurang cerdik.. Bab2 bintang sibuk. Bab balun berbillion2 pertahankan.

Takda benda nak buat isu, terpaksa la cari benda bodoh untuk cover isu berita yang lebih besar kes-kes SPRM.

Sudah-sudahlah menjadi bangang.

Jangan disibuk pasal bintang uniform Latheefa.

Tapi risaulah pemimpin samun beratus juta tapi anda semua buat bodoh sahaja.

Nota Kaki: Salah silap dengan salah perasuah pun dah tak tau beza mana yang jahat. Jangan sampai orang kata dah tua-tua pun bodoh!!!

Comments