KEJAHILAN TERLAMPAU JAHIL!!!


Jelas dan terang senarai yang dikeluarkan SPRM di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap 41 responden bagi tujuan mendapatkan semula wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disalah guna dan bukanlah mendakwa penama-penama tersebut dengan jenayah.

Ianya proses untuk ambil balik wang haram tersebut.

Jika penama-penama tersebut inginkan wang mereka, maka kenalah meminta semula pada yang memberi. 

Contoh mudah: Si A terima RM11 juta. Maka Si A kenalah bayar pada NEGARA dan claim baliklah pada pemberi.

Contoh mudah lain bagi yang masih JAHIL,  si pencuri jual laptop curi...kemudian dia jual kepada pihak A...polis siasat dan jumpa semula... maka pembeli kena pulangkan sebab tu barang curi. Takkan ini pun macai-macai Najib tak faham?

Syahdu dan sendu KS bila membaca post Najib dalam entry konon nak berlagak seperti robin hood...membenarkan kerja haramnya agar dihalalkan.

Kalau pekerja ambil duit syarikat untuk suka-suka bagi kepada orang yang beliau suka...adakah itu dibenarkan???

Ada pula macai Pas kata tak ada nama Pas...lupa agaknya ini baru senarai pertama. Abam-abam Aji…ini baru senarai pertama…

Senarai ini ialah direct akaun pihak ke 3 dan belum lagi senarai dr ke 3 ke atas ke pihak 4. Lain kali dengar betul-betul sidang media SPRM tu…

Malah kes Pas pula ialah pihak ke 3 bayar ke pihak ke 4...

Ini semua di bawa memohon ke mahkamah...so sediakan lawyer lah untuk defend....

Bagi KS, SPRM tahu semua flow ke penama dan selepas itu dari akaun penama ke mana… Jadi bersabarlah jila sampai masanya pasti diseru jua!!!

NOTA KAKI: TIDAK SABAR MENUNGGU MAHKAMAH BERSIDANG HARI INI!!! TAKUT RAMAI YANG TERDUDUK SAHAJA... COURT BANGUN!!!

Comments