‘JALAN GELAP’ SELESAI MASALAH???


Apakah akan berlaku jika mereka yang diberikan kuasa atau memiliki kuasa terus menggadaikan integriti untuk hidup mewah?

Gaji atau elaun yang diperoleh setiap bulan seolah-olah belum mencukupi menyara anak isteri, tetapi kalaupun tidak cukup, ia bukanlah alasan untuk memilih ‘jalan gelap’ bagi menyelesaikan masalah.

Namun apa yang meresahkan kita adalah amalan rasuah ini semakin merosakkan… Negara ini boleh hancur jika integriti musnah.

Tiada gunanya undang-undang jika ia hanya menjadi taruhan dan gadaian untuk menjamah wang haram. Undang-undang akhirnya hanya menjadi ‘alas kaki’ kepada sindiket-sindiket tidak kira dalam aktiviti apapun.

Justeru adalah wajar jika SPRM menjadikan tahun 2019 yang berbaki tujuh bulan lagi ini bagi membersihkannegara dari rasuah.

Golongan seumpama itu tidak boleh dibiarkan terus ‘bermaharajalela’ menjamah wang haram melalui tindakan bersekongkol.

Bagi sindiket, mereka tidak ada masalah untuk ‘mencampak’ segulung wang kertas untuk ‘dipungut’ dan untuk ‘membeli maruah’ tersebut bukannya ‘mahal sangat’.

Kesudahannya buatlah apa juga undang-undang mahupun peraturam tetapi ia akhirnya akan menjadi ‘taruhan’ dan gadaian kepada perasuah. Segala-galanya boleh dikompromi, semuanya boleh diuruskan asalkan wang rasuah disiapkan. Kesudahannya penjenayah dan sindiket lebih bermaharajalela.

Amaran Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador kepada pegawai dan anggotanya baru-baru ini supaya mereka memutuskan hubungan dengan sindiket judi dan maksiat tepat pada masanya.

Ketegasan ini perlu dicontohi oleh ketua-ketua agensi penguat kuasa lain kerana sudah sampai masanya agensi tersebut dibersihkan sepenuhnya daripada segala amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Comments