‘BOSS KITA’ KENA DAKWA LAGI??? TERUS BERCUTI ATAU …???


Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dilaporkan didakwa di mahkamah hari ini dan esok berhubung dakwaan rasuah melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN) ketika beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

SPRM yang telah mendapat kebenaran Peguam Negara berhubung pendakwaan itu difahamkan Zahid Hamidi telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini dan di Mahkamah Shah Alam, esok.

Dilaporkan Zahid Hamidi akan berdepan sekurang-kurangnya 40 pertuduhan di kedua-dua mahkamah tersebut melibatkan nilai RM47 juta.

Keseluruhan transaksi itu dilakukan dalam mata wang Singapura, dikesan ketika siasatan SPRM dalam kes rasuah membabitkan Sistem VLN tersebut.

Malah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata pertuduhan terhadap Zahid Hamidi hari ini adalah kes rasuah yang luar biasa kerana membabitkan pemimpin dan pegawai kanan tertinggi kerajaan serta kepentingan awam.

Sebelum ini Zahid Hamidi sudah pun dihadapkan dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akal Budi yang dipengerusikannya.


Ini bermakna, selepas pertuduhan hari ini dan esok, bekas Timbalan Perdana Menteri itu bakal mengumpul sebanyak hampir 90 kes mahkamah melibatkan dirinya.

Berdasarkan jumlah pertuduhan itu, Zahid Hamidi barangkali akan mencatat rekod sebagai pemimpin politik yang menghadapi pertuduhan makamah paling banyak sekali sejak merdeka.

Apakah nasib beliau seterusnya???

Zahid Hamidi yang kini sedang bercuti sebagai Presiden UMNO dilaporkan sedang merancang untuk menamatkan tempoh percutiannya dalam waktu terdekat ini. Sempena kemunculannya semula itu Zahid Hamidi dikatakan akan mempopularkan panggilan “Boss Kita” untuk dirinya.

Para penyokongnya dilaporkan mencadangkan nama “Boss Kita” itu setelah mengambil kira bagaimana Najib Razak berjaya mempopularkan semula dirinya dengan imej baru “Malu Apa Bossku”.

Tetapi, dengan7 pendakwaan baru hari ini dan 33 lagi pertuduhan yang bakal dihadapinya esok, persoalan kini ialah bagaimanakah dengan rancangan beliau untuk menamatkan tempoh percutiaannya itu?

Apakah ia akan diteruskan atau Zahid Hamidi bakal memanjangkan tempoh percutiannya dengan lebih lama lagi??? 

Comments