TOLAK NAFSU…BUKAN BERNAFSU!!! RASUAH MUSUH ISLAM!!!


Bulan Ramadan perlu digunakan untuk mendisiplinkan diri dan menolak nafsu daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama terutamanya dari amalan rasuah.

Sekiranya kita mampu melawan nafsu pasti akan berjaya.

Apabila kita menolak nafsu dan melakukan apa yang baik dan menolak apa yang tidak baik, maka orang sekeliling akan hormati kita.

Dengan itu mereka akan berikan kepercayaan kepada kita dan kita akan dapat lebih banyak manfaat dan peluang untuk melakukan segala-galanya.

Bulan puasa bukan sahaja harus digunakan untuk beribadat tetapi juga untuk melatih diri untuk tidak melakukan apa-apa yang terlarang, termasuk rasuah.

Paling jelas, jenayah sekeras kerasnya dilarang dilakukan tidak kira pada mana-mana bulan.

Bagi orang bukan Islam pun mereka tentu tahu sebab-sebab kita berpuasa.

Mereka pun ada acara-acara puasa yang berlainan daripada kita tetapi tujuannnya adalah sama iaitu mengawal diri daripada perbuatan yang dilarang.

Kerana latihan mengawal nafsu ini tidak terhenti pada mana-mana masa dan menjadi satu latihan seumur hidup kerana dia akan membawa hasil yang baik pada diri kita sebagai manusia yang boleh dipercayai, yang apabila diberi tugas apa pun, akan melakukan tugas itu dengan sebenar dan jayanya.

Salam Ramadan… Bersihkan diri, tolak rasuah!!!

Comments