Apa? DS Najib Razak mahu berdebat?
Sejak bila beliau ada keberanian untuk berdebat?
Sebagaimana yang dilaporkan media, bekas Perdana Menteri itu menyuarakan kesediaannya untuk berdebat dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang atas sebarang isu dan gaya yang dikehendaki.
“Ia boleh jadi perdebatan gaya bebas untuk bercakap. Dia boleh bertanya apa-apa pada saya, termasuk 1MDB.
“Dan saya boleh bertanya apa-apa padanya. Dalam semangat demokrasi yang sihat, dia harus menyahut cabaran ini,” kata Najib lagi.
Tidak cukup dengan itu, Najib juga menyatakan kesediaan untuk berdebat sama dengan Tun Mahathir Mohamad.
Katanya, beliau tidak sedia berdebat dengan Tun Mahathir ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini kerana kesibukan serta kepadatan tugas sehariannya.
“Saya faham juga bahawa tugas seorang Perdana Menteri adalah sibuk, tapi jika PM ke-7 berpendapat dia ada masa atau ada keperluan untuk debat dengan saya, (saya) tentu akan sahut cabaran itu,” tambah Najib lagi.
Biar betul Najib ni, tak cukup dengan Lim Kit Siang, malah dengan Tun Mahathir juga beliau sedia untuk berdebat sekarang ini.
Kenapa keberanian seperti ini tiada ketika memegang jawatan Perdana Menteri dulu?
Tetapi, apa pun alasan serta hujah beliau, adalah sesuatu yang sudah terlambat sebenarnya untuk Najib bersikap berani berdebat sekarang ini.
Sepatutnya, keberaniannya berdebat ini muncul dalam dirinya sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri dahulu, bukannya setelah ditumbangkan dan dalam keadaan sudah kehilangan jawatannya.
Jika sejak dulu lagi Najib ada keberanian berdebat dan sedia berdepan untuk menjawab apa juga persoalan mengenai pelbagai isu dalam negara, mungkin hari ini beliau masih lagi seorang Perdana Menteri.
Malangnya, semuanya sudah terlambat kini. Berdebat dengan siapa pun tidak lagi memberi apa-apa makna kepada dirinya.
Mungkin jelmaan ‘Hantu Raya Hybrid’ telah muncul disekilinginya dirinya…maklumlah baru turun dari langit pada bulan Ramadan ini jadi mereka tidak tahu apa yang berlaku sepanjang pemerintahan Najib dan Be End dulu...
Comments
Post a Comment