SIRI 4 HANTU RAYA HYBRID: SI BENGAP DENGAN BODOH SOMBONGNYA!!!


Pelik KS dengan perangai manusia zaman sekarang. Tergamak memfitnah orang lain dengan bermulakan kalimah Allah.

Sama seperti minum arak baca bismillah?. Sakit apa kepala otak mereka ni?

Sudah lama KS perhatikan akaun FB Putera Muhammad yang kini telah pun membuka akaun kedua atas nama yang sama… Ada saja sahabat memanjangkan postingnya pada KS. KS hanya mampu geleng kepala laju-laju.

Tidak habis-habis dia memfitnah orang hingga masuk ke bulan Ramadan. Tiada surut dan rasa insaf.

Dulu dia fitnah TKP SPRM DS Azam Baki terima duit Azeez Baling. Sebab itu dakwanya SPRM tidak tangkap Azeez Baling, tapi bila sudah dakwa Azeez, dia senyap pula… Mungkin pada masa itu dia ‘naik’ ke langit…

Kini dibulan Ramadan dia ‘turun’ lagi sebagai ‘Hantu Raya Hybrid’ dengan fitnah kata Azam tidak siapkan kertas siasatan anak Azeez.

Kalau ikutkan KS, tidak perlu berhujah dengan orang IQ rendah ni, tapi memikirkan fitnah itu bakal tersebar, maka tidak dapat tidak KS menjawab juga pertanyaan sahabat-sahabat.

Tengok saja posting Si Bengap sebelum ni, dia kata kes JPJ Pulau Pinang baru-baru ni bermula hanya dengan keterangan dari isteri salah seorang penguat kuasa JPJ, dan dari situ semua terbongkar dan ditangkap dalam tempoh singkat.

Mana fakta dan sumber yang dia perolehi ini. Kaki percaya viral rupanya Putera Bengap ni.

Si Bengap ini pun dengan bodoh sombongnya mengatasi Peguam Negara menyatakan kes tersebut sudah cukup bukti rasuah dan penyelewengan untuk didakwa.

Sebagai orang awam, apa kuasa atau kepakaran kamu hendak menyatakan apa-apa kes sudah cukup bukti untuk didakwa.

Mungkin juga kamu Putera dalam kalangan monyet sebab itu mahu pakai undang-undang rimba sahaja.

Tambah memelikkan KS, kenapa dia hendak libatkan TS Abu Kassim di GIACC dalam isu ini, wahai si Bengap, bacalah dan fahamilah apa peranan GIACC.

Adalah lebih baik, Putera Bengap ni datang buat laporan di SPRM.

KS pun tahu, dulu kamu sama-sama Azeez sudah kenyang makan duit rakyat. Pulangkanlah duit-duit itu.

Lagi banyak makan duit haram nanti makin kuat fitnah kamu…

Di bulan Ramadan ini bawa-bawalah bertaubat daripada buat fitnah dan berhentilah menjadi Hantu Raya Hybrid.

Bukan apa, emak kamu pun tak akan ampunkan kamu sebab dia tidak pernah ajar kamu buat kerja sekotor ini.

Comments