SIRI 2: RAMADAN TERAKHIR BUAT NAJIB RAZAK DAN MACAI-MACAI KAKI JILAT???


Macai berkata… Kat mana DS Najib curi wang???

Pada macai-macai yang mengikuti perbicaraan Najib ni, mungkin ada yang tak faham, apa kes sebenarnya. 

Salahkah SRC International bagi duit pada Najib dan Najib membelanjakan duit tu???

Wang SRC tu sebahagian dari pinjaman syarikat itu dari KWAP (Kumpulan Wang Amanah Persaraan) sebanyak RM4 Bilion.

SRC international ni salah satu anak syarikat 1MDB. Pinjaman dari SRC ni dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Makna kata, kalau SRC tak mampu bayar, Kerajaan kena bayar!

Wahai macai... SRC ni bisnes apa? Habuk pun takdak!

Jadi WANG PENCEN Kakitangan Kerajaan digunakan untuk tujuan peribadi dan parti.

Dari RM4 Bilion tu, SRC transfer RM50 juta kepada Gandingan Mentari kemudian Gandingan Mentari transfer pula kepada RM46 juta kepada Ihsan Perdana. Ihsan Perdana pula transfer RM42 juta ke akaun peribadi Najib.

Maknanya dari RM4 bilion wang pencen, depa bagi RM50 juta kepada 2 company iaitu Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana. Dua company ni masing-masing ambil RM4juta (total RM8 juta) kemudian diserahkan wang baki RM42 juta tu kepada Najib.

Najib pula membelanjakan wang tersebut untuk?

Berikut merupakan senarai lengkap transaksi yang berlaku sejak tahun 2014 mengikut kronologi kejadian;

Pada 12 Disember 2014, sebanyak RM20 juta dari akaun SRC International bernombor 211-202-200973-6 disalurkan ke dalam akaun Ihsan Perdana yang dilantik Yayasan 1MDB untuk menjalankan program. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput dan bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Pada 21 Januari 2015, sebanyak RM3.5 juta dari akaun yang tidak dinamakan bernombor 202-201189-8 disalurkan kepada akaun firma guaman peguam UMNO Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Pada 30 Januari 2015, sebanyak RM240,000 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.

Pada 2 Februari 2015, sebanyak RM2.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib 202-201190-6 disalurkan ke akaun firma guaman Zulqarnain & Co.

Pada 8 Februari 2015, sebanyak RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd, sebuah syarikat propaganda.

Pada 12 Februari 2015, sebanyak RM238,914 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Lim Soon Peng, seorang pemaju hartanah.  

Pada 12 Feb 2015, RM100,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun ABS Trend Master Sdn Bhd, sebuah syarikat perabot dapur.

Pada 12 Februari 2015 sebanyak RM400,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang.

Pada 12 Februari 2015, RM50,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Asmadi Abu Talib, Ketua Bahagian UMNO Padang Serai merangkap calon BN yang kalah dalam PRU14 di kerusi DUN Merbau Pulas.

Pada 12 Feb 2015, sebanyak RM13,800 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6, disalurkan ke akaun peribadi Manisah Othman.  

Pada 13 Februari 2015, sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun UPKO, sebuah parti komponen BN pada ketika itu.

Pada 17 Februari 2015, sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Solar Shine Sdn Bhd, sebuah syarikat pencetakan yang mencetak kemeja, payung, topi, kalendar, cawan & 'hadiah-hadiah' 1 Malaysia yang digunakan semasa musim PRU.

Pada 24 Februari 2015, sebanyak RM77,300, dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6, disalurkan ke akaun Syadilah Enterprise.
  
Pada 24 Februari 2015 sebanyak RM56,500 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Moz (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diupah membina stor & tangki rumah Najib.

Pada 26 Februari 2015, RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun UMNO negeri Pulau Pinang.

Pada 26 Februari 2015, sebanyak RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, dasalurkan ke akaun UMNO Johor Bharu.

Pada 9 Mac 2015, sebanyak RM103,361.17 dari akaun syarikat SRC International bernombor 202-1160010-0, disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia. - 20 Mac 2019.

Malah RM500 ribu digunakan untuk membeli barang peribadi dan membeli belah di luar negara.

Jadi Najib telah mengunakan pinjaman dari wang pencen kakitangan awam untuk kepentingan peribadi dan politiknya. Pinjaman tersebut pula dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Maknanya, jika SRC tak bayar, Kerajaan Malaysia perlu bayar hutang tersebut.

Kita beri orang hutang untuk berniaga, kita jamin dia, tapi orang tu pulak guna wang untuk belanja peribadi dan akhirnya kita pula kena bayar hutang dia.

Sebab tu kita tak nampak dia curi wang, walaupun sebenarnya dia curi wang depan mata kita saja.

Moga-moga sempat bertaubat…

Salam Ramadan!!! 

Comments