SIRI 2 HANTU RAYA HYBRID: AWAS!!! SEJARAH HITAM 2015 DIPUTAR BELIT BAGI MEMECAHBELAHKKAN SPRM???


Sejak dahulu, peluru musuh tidak pernah reda menghujani SPRM. Lebih menakutkan, peluru itu bukan sahaja datang dari luar, tetapi dari dalam.

Inilah sikap orang yang maha mementingkan diri sendiri melebihi segala isi dunia atau selayaknya digelar 'Hantu Raya Hybrid'. Fikiran haprak. Hati tuli.  

Kini, dalam keadaan SPRM mula bangkit, Hantu Raya Hybrid masih tergamak memecahbelahkan SPRM dengan cara membunuh karektor pemimpinnya.

Ditimbulkan kembali kemelut isu siasatan SRC International pada 2015 dengan pelbagai fakta diputarbelit.


Diringkaskan, puak-puak ini menggambarkan Abu Kassim, Shukri, Mustafa Ali, Jamidan dan Azam Baki sebagai mereka yang gagal, pengecut, berkomplot dan tidak telus sepanjang isu itu berlaku.

Puak-puak ini tidak nampakkah hasil penyiasatan kes tersebut sekarang ini?

Atau puak-puak ini naik ke langit dan baru turun pada bulan Ramadan ini? jadi mereka tidak tahu apa yang berlaku sepanjang setahun lalu...


Secara tidak langsung, mereka hanya menampakkan kedangkalan mereka sahaja...

Jelas, hujah-hujah mentah mereka itu sebenarnya ialah bagi mewajarkan cadangan merombak SPRM sekali gus mengambil apa saja peluang yang wujud khususnya pangkat dan kedudukan.

Taubatlah di bulan Ramadan ini, dunia ini bukan milik kita pun. Semua benda kita akan pulangkan kepada Pencipta kita.

Kenapa pangkat juga yang kamu semua kejar...

Salam Ramadan.

Comments