AWAS!!! AWAS!!! AWAS!!! HANTU RAYA HYBRID MASIH CELAM-CELUM GANGGU SPRM???

Hari ini SPRM menempuh pelbagai cabaran namun sama ada mahu diakui tidak, nama agensi itu semakin digeruni apabila DS Shukri Abdull mengambil alih teraju kepemimpinannya dengan dibantu oleh Timbalannya, DS Azam Baki.


Pendekatan SPRM yang dilihat tegas, drastik dan disulami dengan elemen-elemen memungkinkan SPRM kini dianggap agensi paling digeruni sehingga ada ‘Hantu Raya’ yang masih tidak puas hati dengan tindakan SPRM.


Kerana dendam dan rasa ‘iri hati’ itu, maka tidak hairanlah SPRM kembali ‘diserang’ dan sudah tentulah sasaran serangan ‘ditujukan khas’ kepada Ketua Pesuruhjayanya dan TKP SPRM, yang menjaga sayap operasi SPRM.


Jelas pelbagai taktik kotor dan jijik digunakan dengan harapan mewujudkan kesangsian atau persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peribadi dan kredibiliti SPRM. Minggu lalu Shukri Abdull dan Zeti yang menjadi sasaran kini giliran Azam Baki pula difitnah.


Perbuatan jahat itu dilakukan kerana mereka semakin ‘iri hati’ berikutan tindakan agresif SPRM yang  bertindak tanpa memilih bulu di bawah kerajaan baharu.

Agenda jahat tersebut tidak boleh dibiarkan berjaya kerana ia akan memusnahkan impian serta harapan rakyat yang kini begitu menyanjungi ketegasan SPRM.

Selama ini Si Hantu Raya ini tidak melihat tindakan sebegitu tegas dilakukan oleh SPRM.

Jika mengkaji satu demi kes yang telah dikejutkan oleh SPRM sejak kebelakangan ini, kita akan berasa gerun melihat bagaimana rasuah bagaikan virus yang kini meresapi tidak kiralah dari seorang bekas Perdana Menteri hinggalah kepada orang awam.


Adakah Hantu Raya ini terlampau ‘iri hati’ melihat usaha SPRM ini?  

Lebih keji Hantu-Hantu Raya ini, bila ada sekutu-sekutu mereka ditahan dan didakwa, mulalah nada mereka mencaci dan menajiskan SPRM.


Malah SPRM tidak semena-mena mula mahu diseret secara perlahan-lahan untuk terlibat dalam polemik politik sedangkan apa juga yang dilakukan oleh agensi itu adalah berdasarkan kepada bukti, bukannya semberono.

SPRM bukan ahli politik, mereka tidak tahu berpolitik dan SPRM bukan parti politik.

Bagi KS, SPRM lakukan kerana mahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Misi itu hanya boleh tercapai jika agensi itu tidak ganggu apatah lagi diseret dalam sebarang kontroversi atau polemik.

Tidak perlu membuat kenyataan atau sebarang perkongsian yang seolah-olah mahu memperkecilkan kewibawaan dan kemampuan agensi tersebut.

SPRM perlu kuat…Jangan pedulikan apa jua tafsiran dan persepsi yang wujud. Percayalah, rakyat masih sayangkan SPRM!!!

SPRM tidak harus dilemahkan melalui fitnah dan tohmahan. Jika itu berlaku maka bergembiralah Si Hantu Raya dan sekutu mereka.

Nota Kaki: Ingat bulan puasa tiada Hantu Raya, rupanya masih ada Hantu Raya HYBRID, Biar pakai kereta cermin gelap…jangan hati kita yang gelap, kelak nanti boleh jadi pening-pening…Jom sayang, kita belajar tafsir Alquran…moga-moga dijauhi dari golongan Hantu Raya HYBRID dan suami tak cari isteri lain lagi… Salam Ramadan.

Comments