WITHOUT FEAR OR FAVOUR




SPRM seharusnya melaksanakan tugas dengan telus, berani dan tidak memihak kepada sesiapa atau dengan kata lain without fear or favour.

Pegawai-pegawai penyiasat SPRM hendaklah diberi kebebasan dengan kuasa yang ada kepada mereka untuk menjalankan tugas penyiasatan secara profesional tanpa arahan-arahan tertentu yang boleh mengganggu penyiasatan mereka.

Dengan jalan ini, SPRM akan dilihat sebagai satu badan yang boleh dipercayai oleh rakyat bagi membanteras gejala rasuah dan sekaligus menepis tanggapan negatif rakyat terhadap SPRM berkaitan ketelusan di dalam menjalankan amanah, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

KS menyokong penuh titah Tuanku Sultan, kerana SPRM perlu diberi kebebasan dan ruang secukupnya ketika menjalankan proses penguatkuasaan dan pendakwaan membabitkan individu terjebak dengan amalan rasuah.

SPRM seharusnya diberi kebebasan dalam proses penguatkuasaan dan pendakwaan kes rasuah. Jika bebas menyiasat tapi tak bebas mendakwa pun susah juga…


KS juga percaya semua perkara berbangkit kebebasan SPRM sudah diberi perhatian dan akan diperkukuhkan dari masa ke semasa…



Comments