Pelbagai pihak telah membuat laporan terhadap DS Mohamad Hasan atau Tok Mat, calon BN PRK Rantau berhubung wang RM10 juga yang dipindahkannya ke London melalui pengurup wang untuk membeli sebuah apartment di sana.
Ada laporan terhadap polis dan ada juga laporan dibuat kepada SPRM.
Dengan ini, selain soal kekayaan dan pemilikan wang yang meragukan melibatkan Tok Mat yang menjadi bualan, yang turut ditunggu-tunggu ialah bilakah pihak berkuasa mahu menyiasat Tok Mat?
Apakah sebelum pengundian pada 13 April ini atau selepas tarikh tersebut?
Walaupun Tok Mat sebelum ini ada mengatakan kes beliau ini telah selesai dan namanya sudah dibersihkan oleh SPRM, itu sebenarnya bukanlah jaminan kes tidak boleh dibuka semula.
Sekiranya ada maklumat baru, lebih-lebih lagi setelah kerajaan kini telah bertukar tangan, menyiasat semula kes lama bukanlah sesuatu yang mustahil.
Dalam kes DS Najib Razak sebagai contohnya, beliau juga pernah dibersihkan oleh Lebai Dzul sebelum ini, tetapi setelah kekalahan BN dan dirinya bukan lagi bergelar Perdana Menteri, nasibnya nyata berbeza.
Beliau bukan saja disiasat oleh SPRM dan polis, malah berpuluh pendakwaan telah dihadapkan terhadapnya.
Oleh itu, adalah tidak mustahil Tok Mat juga akan berdepan penyiasatan dan pendakwaan selepas ini?
Apakah dengan kes RM10 juta ini, Tok Mat juga akan banyak menghabiskan masanya turun naik mahkamah selepas PRK Rantau ini, tidak kira sama ada beliau menang atau kalah pada 13 April nanti?
Tetapi, jika dirasakan lebih mungkin nasib Tok Mat bakal berdepan pendakwaan di mahkamah, apakah pilihan terbaik bagi pengundi Rantau?
Memilihnya lagi atau kali ini lebih baik mengenepikannya?
Comments
Post a Comment