TEORI ORANG BUTA 'MELIHAT' GAJAH!!!



Sekali lagi blogger pemfitnah nombor 1 RPK cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan teori orang buta 'melihat' gajah...yang pegang kepala kata gajah seakan-akan bulat...yang pegang ekor kata gajah kecil panjang...yang pegang kaki kata gajah seperti tiang dan begitulah seterusnya..

Mereka menyorok kebenaran yang sepatutnya perlu dilihat dari setiap aspek keseluruhan siasatan itu....

Prinsipnya mudah, tiada apa atau siapa yang hendak dilindungi...tetapi janganlah putar belit ikut selera dengan niat tersembunyi...

Kenapa agaknya PRK begitu tertarik dengan siasatan projek terowong dasar laut dan isu cek RM1.4 juta kepada Sarawak Report???

Apakah kredibiliti RPK???

Siapa tidak tahu RPK pasal dakwaan Rosmah ada sekali dalam pembunuhan Altantuya..kemudian pusing 360° hinggalah pemfitnah berbayar ini melarikan diri...

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Malah, ada juga pihak yang menyifatkan SPRM sebagai ‘harimau tanpa taring’ kerana ‘takut’ untuk memanggil ‘individu paling berpengaruh’ di negara ini untuk membantu siasatan sehingga menyebabkan isu berkenaan kekal menjadi tanda soal sehingga hari ini.

Mungkin ramai di luar sana yang tidak tahu prosedur dan operasi SPRM secara menyeluruh.

Tambahan pula, proses siasatan tidak boleh didedahkan kerana ia berkemungkinan akan menjejaskan hasil siasatan SPRM.

Di peringkat SPRM, laporan kertas siasatan itu kini sudah di peringkat akhir dan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya selewat-lewatnya minggu ini.

Jadi?...jelaslah RPK memang kepala otak menipu...matlamatnya memuaskan nafsunya sahaja...

Percayalah SPRM merupakan satu agensi penguatkuasa yang bebas!!!

Comments