TAMRIN DAH TULIS DARI JUN 2018 LAGI…



Di bawah ini adalah tulisan yang sudah agak lama yang pernah ditulis oleh bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar.

Meskipun ia sudah agak lama, tetapi rasanya apa yang ditulis oleh Tamrin ini sangat relevan dengan kehangatan kempen PRK Rantau yang sedang berjalan sekarang.

Setidak-tidaknya dengan Bank Negara Malaysia, SPRM dan PDRM menjalankan siasatan semula dan mendedahkan hasilnya kepada umum, bukan saja kebenaran dapat diketahui, malah ia juga merupakan peluang kepada Mohamad Hasan atau Tok Mat untuk membersihkan namanya.

Untuk itu, di bawah ini disiarkan semula tulisan Tamrin yang bertarikh 22 Jun 2018 itu.

Sama-samalah kita baca dan menghayatinya.


BILA BNM NAK BUKA SEMULA KES RM 10 JUTA???

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat – 22 Jun 2018

( 1 – 15 )

1. Tindakan pertama Mohamad Hassan atau Mat Hassan, apabila dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ialah menghantar RM 10 juta ke London.

2. Wang tersebut dihantarnya melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer.

3. Di atas kesalahan tersebut, Bank Negara Malaysia atau BNM telah mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut tetapi tidak terhadap Mat Hassan.

4. Berkali-kali Pembangkang ketika itu mempersoalkan perkara tersebut di Dewan Negeri dan Parlimen tapi tidak dihiraukan.

5. Apakah di bawah Kerajaan sekarang BNM dan SPRM masih mahu menutup kes ini begitu saja sedangkan kes-kes yang lebih ringan diburu sehingga ke lubang cacing?

6. Selain dari kes di atas, rakyat Negeri Sembilan khususnya begitu benci dengan Datuk Azman, abang kepada Mat Hassan yang bertindak seperti ‘Besar Sudu Dari Senduk’ sepanjang beliau menjawat jawatan MB selama ini.

7. Dato Azman adalah orang yang membolot hampir semua kontrak di pejabat-pejabat daerah melalui pelbagai syarikat yang beliau mempunyai kepentingan.

8. Seorang lagi adik kepada MB bernama Dato Ghani Hassan bekas ADUN Rantau juga dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai jutaan ringgit.

9. UMNO telah menjadi parti keluarga semasa era Mat Hassan di mana abang (Dato Azman) sebagai Setiausaa, manakala adik (Dato Ghani) menjadi Bendahari tak rasmi sehingga menyebabkan rakyat meluat dan menolak BN dalam pilihanraya lalu.

10. Beliau ini umpama bunga ros yang hanya cantik dilihat tapi penuh dengan duri.

11. Menjelang PRU-14 yang lalu, Mat Hassan menggalakkan Pemuda BN di kawasan Parlimen Rembau bertindak ganas dengan menterbalikkan meja jika terjumpa mereka yang menentang kerajaan di kedai-kedai kopi.

12. Sepatutnya sebagai seorang MB beliau tidak bertindak seperti seekor binatang buas dan ganas.

13. Walau pun menang tanpa bertanding, oleh kerana calon Pembangkang dihalang dari memasuki Dewan ketika penamaan calon, namun kiraan undi membuktikan calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kalah teruk di kawasan DUN Rantau di mana Mat Hassan sebagai ADUNnya.

14. Jika UMNO terus memilih orang sebegini sebagai Timbalan Presidennya, maka sudah patutlah UMNO dikuburkan oleh rakyat yang bencikan penyelewangan kuasa dan rasuah.

15. Semoga BNM, SPRM dan Bukit Aman bertindak segera terhadap beliau sebelum Parlimen bersidang pada pertengahan Julai nanti.

Terima Kasih.

Comments