SUDAH ADA YANG MULA GELAP MATA!!! KEDURJANAAN APAKAH INI???



Sebagaimana yang diakui sendiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, Setiausaha Politiknya kini telah ditahan SPRM berhudung dakwaan menerima rasuah seutas jam tangan berharga RM28 ribu.

Siasatan mendapati beliau didakwa menerima rasuah itu sebagai dorongan untuk membantu sebuah syarikat memperolehi projek-projek di bawah kementeriannya.

Dengan kes melibatkan Setiausaha Politik Salahuddin ini, sekurang-kurangnya diketahui sudah ada tiga Setiausaha Politik era Malaysia Baru ini dikaitkan dengan dakwaan rasuah dan salah laku.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Mohamad Sabu telah disiasat SPRM kerana didapati status muflisnya tiba-tiba selesai menjelang hari beliau mengangkat sumpah jawatannya.

Beliau bagaimanapun didapati tidak bersalah kerana dikatakan memperolehi pinjaman daripada rakan-rakan dan keluarga untuk menyelesaikan hutang muflisnya itu.

Kemudian, Setiausaha Politik di Kementerian Kerjaraya juga turut diadukan berkaitan salah lakunya dalam pemilihan PKR, baru-baru ini.

Seorang lagi Setiausaha Politik pula telah diarahkan berhenti oleh menterinya kerana didapati giat dalam mengatur projek-projek di bawah kementerian di mana beliau bertugas.

Menteri tersebut yang dikatakan kurang senang dengan perlakuan Setiausaha Politiknya itu telah mengarahkannya meletakkan jawatan dan menggantikan dengan individu lain.

Baru 10 bulan menjadi kerajaan, adalah sesuatu yang menyedih dan memalukan berlakunya kejadian-kejadian seperti ini.

Ini kerana ketika kempen-kempen PRU14, PH lalu telah menjanjikan antara lainnya ialah sebuah kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah untuk negara ini.

Itu baru yang kita ketahui dan terdedah kepada umum. Mungkin yang masih tersembunyi lebih dahsyat lagi.

Meskipun ada yang sudah dibersihkan nama dan tidak diteruskan siasatan, tetapi banyaknya berlaku kejadian ini sedikit-sebanyak akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap PH.

Rakyat akan melihat PH bukan saja tidak berbeza dengan BN, malah dilihat lebih dahsyat lagi kerana baru 10 bulan menjadi kerajaan pun sudah banyak berlaku amalan-amalan tidak sihat itu.

Dalam hal ini bukan saja menteri-menteri harus berpegang kepada etika dan intergriti yang tinggi, lebih daripada itu, mereka juga sepatutnya melantik pegawai-pegawai di kementerian daripada kalangan yang bersih dan boleh diyakini saja.

Janganlah semata-mata kerana kawan baik dan sama-sama susah ketika dalam pembangkang dulu, maka setelah berjaya menjadi kerajaan lalu mereka itu diberikan jawatan serta kedudukan.

Malaysia Baru haruslah bersih dan berbeza dengan BN dahulu. Apatah lagi Perdana Menteri sebelum ini pernah berkata kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang bebas daripada rasuah.

Sekarang apa sudah jadi?

Baru RM28 ribu pun sudah gelap mata tanpa memikirkan nama baik keluarga, parti, perjuangan dan kerajaan yang didokong, bagaimana jika ditawarkan habuan berjuta-juta?

Akhirnya, apakah kejadian ini memberi pengajaran kepada mereka yang lain dalam kerajaan Malaysia Baru ini?

Kerajaan harus menunjukkan ketegasan dan tidak bertolak ansur dalam perkara ini. Sebelum kejadian ini menjadi barah yang boleh membunuh masa depan PH, mereka yang durjana dan menjadi petualang dalam Malaysia Baru ini haruslah disingkirkan dengan segera.

Belum terlambat untuk Perdana Menteri  melakukan pembersihan, tidak kira sama ada mereka itu menteri, timbalan menteri, setiausaha politik, pegawai-pegawai menteri atau sesiapa saja, sebelum rakyat menolak kedurjanaan itu melalui peti-peti undi.

Comments