SINDIKET TERANCANG WANG PERLINDUNGAN…200 INDIVIDU DALAM RADAR


Tangkapan 24 penguat kuasa JPJ oleh SPRM adalah detik permulaan yang akan mendedahkan satu sindiket terancang yang lebih besar yang melibatkan “wang perlindungan” bernilai berjuta-juta ringgit di seluruh negara.

Terdapat kira-kira 100 sindiket yang terlibat dalam mengutip bayaran bulanan daripada pengendali lori untuk membantu mereka mengelakkan operasi penguatkuasaan yang turut melibatkan rasuah di kalangan pegawai JPJ.

Ini telah berlaku selama beberapa dekad dan banyak wang yang terlibat. Sindiket ini mengumpulkan puluhan ribu ringgit sebagai wang perlindungan daripada pengendali lori setiap bulan.

Yuran perlindungan bulanan, tersebt dikatakan berbeza mengikut kawasan operasi berdasarkan jarak pergerakan jentera itu.

Antara kain, sindiket itu juga mengupah “tonto” untuk memberi amaran kepada pengendali lori di mana operasi JPJ di kawasan masing-masing.

Pengendali lori yang menggunakan laluan Kuala Lumpur-Ipoh membayar antara RM300 dan RM500 setiap lori setiap bulan.

Selain pegawai penguat kuasa JPJ, beberapa anggota polis juga terlibat secara langsung dengan sindiket-sindiket ini.

WHOM NEXT??? Dengar-dengar list SPRM sudah mencecah 200 orang???

Comments