Mungkin ini satu jenaka…Bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak menyokong agar perbicaraan kes SRC International disiarkan secara langsung.
Padahal beliau sebelum ini memohon agar media dilarang dari melaporkan kes tersebut.
Apakah alasan untuk perbicaraan itu disiar langsung? Adakah beliau tidak mendapat perhatian oleh media yang dikawal kerajaan?
“Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan mendapat ketelusan,” coretnya di Facebook.
Bekas perdana menteri itu sepatutnya memikirkan mengenai kebenaran dan ketelusan ketika skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berada pada kemuncaknya.
Pada waktu itu, orang-orang suruhannya menyekat berita mengenai skandal itu daripada disiar oleh penyiar rasmi kerajaan dan media swasta yang dikawal kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mungkin Najib perlu mengambil kira alasan berikut sebelum berkira-kira bahawa beliau tidak mendapat layanan adil di mahkamah.
A. Walaupun tanpa siaran langsung, Najib dan pasukan peguamnya mendapat banyak pengecualian yang serius.
Beliau membawa kusyen dan buku ke mahkamah serta keluar minum kopi tanpa kebenaran mahkamah.
Adakah kita lihat tertuduh lain mendapat layanan serupa? Adakah Najib fikir dia masih menjadi perdana menteri?
B. Laporan media sangat adil kepada Najib, di dalam dan di luar mahkamah.
Ruang media sentiaasa penuh dan terdapat juga bilik untuk mengikut perbicaraan melalui siaran video, walau kes tersebut lambat dimulakan disebabkan gangguan dan kelewatan.
Liputan tersebut juga lebih adil berbanding ketika media tempatan membuat liputan semas perbicaraan kes Anwar Ibrahim.
Tidak lama dulu, media dikuasai Umno malah penyiar kerajaan akan menyiar laporan eksklusif mengenai perbicaraan kes liwat yang membuatkan kita berfikir Anwar bersalah sebelum kes itu dimulakan.
C. Siaran langsung hanya akan mendorong peguam tertentu untuk berlagak, sedangkan rakyat Malaysia sudah boleh menyaksikannya semasa sidang media yang disiar langsung melalui Facebok setiap kali selepas prosiding.
Apa yang berlaku di dalam bilik mahkamah dilaporkan dengan penuh takzim untuk menyampaikan kenyataan saksi dan pertanyaan dari pendakwaan serta peguam bela.
Tetapi di luar mahkamah, peguam bela hanya akan menyerang tanpa sebarang peluang menjawab dari pendakwaan.
Ia akan menjadi perbicaraan di ruang pendapat awam, bukan oleh hakim yang ditugaskan dengan kes tersebut.
Semua pihak mahu kes ke atas Najib itu berjalan dengan adil dan memastikan haknya terpelihara.
Ia bermakna, kes SRC adalah perbicaraan yang dihakimi oleh orang yang terlatih, bukan rancangan realiti yang mudah diperbesar-besarkan.
Comments
Post a Comment