Calon BN PRK Rantau, DS Mohamad
Hasan mahu DS Najib Razak datang melawat Bandar Sendayan sebagai sebahagian
daripada acara kempen membantunya menjelang pengundian pada 13 April ini.
Sejak mengambil alih tugas
memangku jawatan Presiden UMNO daripada Zahid Hamidi yang sedang bercuti,
inilah kali pertama beliau seperti sangat mengharapkan bantuan daripada Najib.
Dalam PRK Cameron Highlands dan
Semenyih, tidak pernah Mohamad Hasan atau Tok Mat menyebut mahu Najib datang
berkempen atau mengalu-alukan kehadiran bekas Perdana Menteri itu.
Paling tidak dikatanya, tidak
menjadi kesalahan atau masalah dengan kedatangan Najib itu kerana ia sebahagian
daripada usaha membantu BN juga.
Di suatu ketika dalam kempen PRK
Cameron Highlands misalnya, beliau mengatakan bukan UMNO yang menjemput kedatangan
Najib, tetapi penduduk di situ yang berbuat demikian.
Dalam erti kata lain, Tok Mat
tidaklah begitu mengalu-alukan sangat kehadiran bekas Perdana Menteri yang
dikaitkan dengan skandal 1MDB dan kini popular dengan jolokan “malu apa bossku”
itu.
Berhubung keperluan untuk Najib
datang melawat Bandar Sendayan, Tok Mat berkata, bandar tersebut dapat
dibangunkan adalah atas usaha bekas Perdana Menteri itu selepas 1MDB membeli
tanah di situ untuk dibangunkan sebuah pangkalan tentera udara yang baru.
“Jika tidak ada bantuan daripada
kerajaan persekutuan sebelum ini, khususnya Najib, pembangunan Sendayan tidak
akan dapat dijalankan seperti apa yang kita lihat sekarang,” jelasnya lagi.
Tetapi, mengapakah hanya dalam
PRK Rantau ini di mana beliau sendiri yang bertanding, ternampak Tok Mat begitu
mengharapkan kedatangan Najib?
Apakah beliau sendiri tidak mampu
meyakinkan penduduk Sendayan untuk terus menyokongnya, sedangkan dirinya adalah
bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini?
Untuk PRK Rantau ini, terdapat
kira-kira 3,000 pengundi Melayu di Sendayan.
Jumlah tersebut adalah agak besar
jika diambil kira hanya 53 peratus pengundi Melayu daripada keseluruhan 20,926
jumlah pengundi di Rantau.
Lantaran kedudukan itu, ramai
yang mengatakan siapa yang mampu meraih sokongan majoriti daripada pengundi
Sendayan, maka dialah akan menang pada 13 April nanti.
Apa masalah Tok Mat sebenarnya
sehingga beliau begitu mengharapkan bantuan Najib?
Meskipun Tok Mat adalah Menteri
Besar Negeri Sembilan sebelum ini, tinjauan mendapati tidak sedikit penduduk
Sendayan yang marah serta tidak puas hati kepadanya berhubung penjualan tanah
dan pembinaan penempatan baru untuk peneroka Felda di situ.
Selain harga tanah, ramai yang
agak kecewa dengan keadaan rumah yang disediakan untuk penempatan baru itu.
Ramai penduduk Sendayan melihat
Tok Mat lebih memihak kepada pemaju daripada mengutamakan kepentingan peneroka
Felda yang sedia menjual tanah mereka.
Untuk itu, sudah kedengaran
bisik-bisik suara di Sendayan yang mahu “mengajarnya” dengan tidak memberi undi
kepadanya dalam PRK Rantau ini.
Persoalan, mampukah Najib yang
dikatakan berjasa mewujudkan pangkalan tentera udara dan mengubah Bandar
Sendayan meredakan rasa tidak puas hati pengundi, seterusnya membantu
kemenangan Tok dalam PRK Rantau ini?
Atau dalam kemelut RM10 juta....Adakah Tok Mat juga sama seperti Najib???
Malu 'APAK' Bossku...
Comments
Post a Comment