ITU DUIT PESARA KERAJAAN!!!



Nombor satu, duit sebanyak RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi DS Najib Razak itu bukan duitnya atau duit suku-sakatnya.

Bukan duit Yayasan Noah (datuknya sebelah ibu) atau sumber-sumber lain yang sah dari segi undang-undang.

Ia adalah duit SRC International Sdn Bhd. Masa itu, SRC adalah anak syarikat milik penuh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SRC ini pula pinjam RM4.4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP kononnya untuk buka lombong arang batu di Mongolia (negeri mendiang Altantuya Shaariibuu).

KWAP ini adalah pemegang amanah duit pencen kakitangan awam. Duit orang pencen dan yang akan pencen.

Kita hendak tahu macam mana dan untuk tujuan apa duit dari tabung pencen kakitangan awam boleh masuk ke dalam akaun peribadi Najib???

Comments