Inilah malapetaka yang telah
menimpa orang Melayu yang pastinya beragam Islam sehingga sanggup terus
menerima dan menyanjung orang seperti DS Najib sebagai “Bossku”.
Akibat perbuatan orang seperti
inilah maka Melayu dan Islam terancam bukan kerana Pakatan Harapan menumbangkan
Barisan Nasional.
Kejayaan SPRM Berjaya menyakinkan
Peguam Negarauntuk mendakwa Najib dan segala jenayah serta kejahatan kerajaan
dahulu dapat dibongkar, diambil tindakan dan negara diselamatkan.
Melayu dan Islam terancam kerana
perbuatan “Bossku” dan mereka yang seangkatan dengannya.
Mereka inilah yang menggunakan
slogan bangsa dan agama untuk memukau dan membodohkan orang Melayu.
Dalam mereka merompak dan mencuri
puluhan bilion duit negara dan merosakkan institusi kerajaan, rakyat jelata
diberikan dedak kerana wang tunai adalah raja.
Bagi KS dan KS yakin begitu juga
dengan majoriti rakyat jelata, jenayah rompakan duit negara ini akan selesai
hanyalah apabila keadilan dilakukan dan yang bersalah disumbatkan ke dalam
penjara.
Itu pun kita tetap memerlukan
masa dan keringat untuk memperbetulkan segala kerosakan yang dilakukan oleh
tertuduh dan mereka yang bersekongkol dengannya.
Wallahuaklam…
Comments
Post a Comment