Berani kerana benar takut kerana
salah.
Di hadapan orang ramai, bekas
Perdana DS Najib Razak, tunjuk berani.
Ini adalah kerana dia tahu dia
boleh berbohong dan ada sebahagian orang ramai akan percaya.
Jadi dia pun tunjuk berani. Dia
mahu perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan bermula semalam(3
April) disiarkan secara langsung (live).
Tetapi di hadapan mahkamah dia
takut oleh sebab dia tahu bukti terhadapnya kuat.
Jadi dia buat macam-macam
muslihat untuk lengah dan gagalkan perbicaraan….malah dimohon tangguh lagi…apa
kes bossku???
Apabila kita semua dibagi
gambaran dan jaminan bahawa perbicaraan akan dimulakan semalam, tiba-tiba Najib
buat satu lagi percubaan menghalangnya dengan memfailkan notis usul bagi
mencabar tuduhan terhadapnya.
Peguam bela Tan Sri Muhammad
Shafee Abdullah yang mewakili Najib memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd
Nazlan Mohd Ghazali, yang pihaknya sudah memfailkan notis itu semalam.
Inilah muslihat Najib dan para
peguamnya mencari talian hayat bagi memanjangkan umurnya sebagai orang bebas.
Mereka tahu jika perbicaraan
tidak dihalang dan Najib masuk kandang tertuduh, maka harapan membuktikan yang
dia tidak bersalah adalah tipis.
Peguam ni mereka tahu dari awal
lagi sama ada anak guaman mereka bersalah atau tidak.
Mereka “bicarakan” dulu anak
guaman mereka sebelum dibicarakan oleh mahkamah.
Kalau mereka percaya akan guaman
mereka tidak bersalah, mereka akan pertahankannya atas dasar dia tidak
bersalah.
Tetapi kalau pada pendapat mereka
dia bersalah, mereka akan pertahankannya atas dasar dia bersalah.
Dalam sistem kehakiman kita,
tugas pendakwa raya membuktikan sabitan kes adalah lebih berat daripada pembela
menafikan pembabitan tertuduh.
Pendakwa raya wajib membuktikan
di luar sebarang keraguan bahawa tertuduh melakukan jenayah yang dituduh.
Pihak pembela hanya perlu
menimbulkan keraguan berpatutan terhadap bukti dan hujah pendakwa.
Itu pun rasanya Najib tidak yakin
sebab dia sendiri tahu apa yang dia lakukan itu adalah salah dan tidak patut
dilakukan apatah lagi oleh seorang Perdana Menteri.
Comments
Post a Comment