BUKA SEMULA KERTAS SIASATAN!!! SIASAT DI MANA DAN BAGAIMANA TOK MAT MEMPEROLEHI WANG RM10 JUTA ITU???
Calon BN PRK Rantau, DS Mohamad
Hasan menjawab tiada kesalahan dilakukannya berkenaan pemindahan wang RM10 juta
ke London pada 2008 melalui pengurup wang yang kini dilaporkan kembali kepada
SPRM.
Katanya, SPRM sudah pun
menjalankan siasatan dan beliau telah didapati tidak bersalah berkenaan
pemindahan wang itu.
Menurut Tok Mat, wang yang
dipindahkannya itu adalah untuk membeli sebuah apartment di London.
Isu wang RM10 juta ini telah menjadi
bualan ramai sejak bermulanya kempen PRK Rantau lagi dan terbaru, Speaker DUN
Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diberitakan telah melaporkan sekali lagi
kes itu kepada SPRM.
Dengan isu ini kembali menjadi
bualan ramai serta telah dilaporkan sekali lagi kepada SPRM, adalah penting
untuk pihak berkuasa pencegah rasuah itu segera kemukakan kembali kertas
siasatannya kepada Peguam Negara.
Siasatan boleh dilakukan semula
kerana ada keraguan dalam pertuduhan Peguam Negara di bawah era BN sebelum ini
di mana hanya pengurup wang saja yang didapati bersalah dan dikenakan denda.
Jika Pejabat Peguam Negara
mendapati pengurup wang bersalah, bagaimanakah Tok Mat yang merupakan pemilik
wang boleh dilepaskan begitu saja?
Di manakah keadilan dalam hal
ini?
Apakah Tok Mat dilepaskan
semata-mata kerana BN yang berkuasa ketika itu?
Oleh yang demikian, perlu segeranya
membuka semula kertas siasatan berhubung pemindahan wang RM10 juta tersebut.
Selain itu, SPRM juga hendaklah
menyiasat di mana dan bagaimana Tok Mat memperolehi wang RM10 juta itu?
Tok Mat mula menjadi Menteri
Besar Negeri Sembilan pada 2004 dan tentu menghairankan jika hanya selepas
empat tahun kemudian, beliau sudah memiliki wang RM10 juta untuk membeli sebuah
apartment secara tunai di London.
Biasanya juga, jika seseorang itu
sudah mampu membeli sebuah apartment secara tunai berharga RM10 juta, dia
mungkin ada berpuluh juta lagi dalam akaun banknya.
Jadi, berapa sebenarnya jumlah
sebenar kekayaan Tok Mat?
Sama ada wang tersebut merupakan
pendapatannya semasa menjadi Menteri Besar atau perolehan sewaktu menyertai
korporat sebelum itu atau jika melalui sumber-sumber lain, ia perlu disiasat
dan hendaklah dijelaskan kepada umum.
Lebih-lebih lagi kepada pengundi
Rantau sebelum 13 April ini, mereka tentu juga ingin tahu mengenainya.
Beranikah Tok Mat berterus-terang
dan berlaku jujur kepada pengundi Rantau sebelum 13 April ini?
Comments
Post a Comment