BERI ATAU TERIMA SEMUA SPRM REMBAT!!!

Bertindak dengan telus dan berani… Tegakkan “rule of law” di Malaysia…

Tahniah kepada SPRM, selepas menahan 79 penguat kuasa JPJ yang menerima rasuah, SPRM membuktikan bukan saja penerima rasuah yang mereka siasat tapi juga si pemberi rasuah.

Dua pegawai kanan syarikat pelaburan bergelar Datuk Seri dan Datuk yang ditahan berhubung kes memberi suapan kepada penguat kuasa sebuah kementerian mencecah ratusan ribu ringgit sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut yang menjalankan aktiviti mengutip deposit bagi pelaburan yang tidak sah sekitar Julai 2017.

Apakah masyarakat tahu perbuatan memberi rasuah adalah satu jenayah??? Terutamanya kepada pencuci-pencuci taik sekalian…seperti bekas KP JASA, Puad Zarkashi yang menyatakan SPRM tidak menahan pemberi rasuah.

Wahai pencuci-pencui taik sekalian… Tahukah anda semua yang kesalahan pemberi adalah sama dengan yang menerima rasuah dan jika disabitkan, seseorang itu akan berhadapan hukuman berat termasuk dipenjara dan didenda.

Golongan pencuci taik yang bajet cerdik dicanang dikata pula agensi antirasuah itu hanya mengambil tindakan ke atas penerima rasuah.

Selama ini, pencuci taik tak tahukah yang pihak yang memberi rasuah juga sama jijiknya di sisi undang-undang dan moral, seperti kata pepatah, ‘bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jika tiada pemberi, tiadalah penerimanya.

Hari ini biar KS sekolahkan semua pencuci, penjilat dan juak-juak sekalian…. Dalam Akta SPRM 2009 iaitu Seksyen 17(b) menetapkan perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan menerima rasuah. Jika sabit kesalahan boleh dihukum sama berat dengan kesalahan Seksyen 17(a) iaitu menerima rasuah dengan penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Harus kita ingat, pemberi rasuah inilah yang bertanggungjawab menyogok wang ringgit dan habuan supaya sesetengah pihak tidak amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Jadi seharusnya kita semua patut bersyukur dengan tindakan SPRM tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang terbukti memberi dan menerima rasuah dan menyokong dikenakan tindakan atau hukuman jika terbukti bersalah.

Beri atau terima semua SPRM rembat!!!

KS: Jangan pula lepas ini si pencuci, penjilat dan juak-juak sekalian…cuba mempolitikan tangkapan SPRM terhadap satu bangsa saja..Tak percaya??? Tunggu dan lihat sajalah nanti mainan politik mereka.

Comments