Tindakan SPRM yang
bersungguh-sungguh memburu penjenayah rasuah yang yang semakin rakus mengumpul
kekayaan peribadi, bukan sahaja harus dipuji, malah perlu disokong oleh setiap
golongan masyarakat.
Tindakan ini memberikan keyakinan
kepada rakyat terhadap kemampuan SPRM untuk berfungsi lebih cemerlang.
Tetapi banyak lagi yang perlu
dilaksanakan…
Cadangan untuk menambahbaik Mahkamah
Khas untuk Kes-kes Rasuah adalah tindakan yang tepat pada masa ini.
KS percaya dengan adanya
penambahbaikan Mahkamah Khas Rasuah akan dapat membantu dalam menyegerakan
pemprosesan kes berkaitan rasuah di samping berlaku lebih adil kepada orang
ramai.
Penambahbaikan Mahkamah Khas
Rasuah sudah semestinya akan dapat memastikan kes-kes berprofil tinggi dapat
didengar oleh hakim berpengalaman yang dapat menumpukan tumpuan kepada sesuatu
jenis kes.
Hakim yang dilantik mengendalikan
mahkamah ini juga mestilah berdasarkan merit dan berpengalaman…
Penambaikbaikan ini juga perlu mengambil
berat tentang penangguhan kes-kes…
Penangguhan kes membawa kesan
yang buruk kepada pengadu dan juga saksi.
Penangguhan akan menyebabkan
saksi terlupa, barang bukti dan dokumen hilang…Ia akan mendatangkan kebaikan
kepada tertuduh.
KS pasti rakyat juga tidak mahu
sesuatu kes ditangguhkan… Kita perlu ada kesungguhan untuk melawan rasuah…
Comments
Post a Comment