Pernah dengar nama Joe Biden? Dia
ni seorang ahli politik Amerika dari Delaware.
Tahun 1988, Biden ni masuk
bertanding pilihan raya Presiden US. Dia mewakili parti Democrats. Dia dianggap
sebagai calon yang popular, sangat berwibawa, mempunyai kemahiran berpidato yang
sangat meyakinkan dan ramai percaya yang dia akan menang pilihan raya tersebut.
Bagaimana pun awal September
1987, akhbar US menyebarkan berita bahawa Biden memplagiat satu ungkapan dalam
pidato seorang ahli politik Britain bernama Neil Kinnock.
Kemudian disusuli tuduhan yang
Biden juga pernah memplagiat semasa menuntut ilmu undang-undang di universiti
dulu. Dia juga dituduh menokok-nambah rekod akademiknya.
Suddah!!!. Tuduhan demi tuduhan
beredar dalam media. Apa yang Biden buat? Adakah dia saman akhbar tu? Dak.
Adakah dia kata serah kepada ketua parti Democrats untuk buat keputusan? Dak.
Adakah dia ajak penyokongnya buat demo? Dak. Adakah dia cipta slogan baru seperti
bukan bisher bisher? Dak. Adakah dia buat dak? Lagi le dak.
Atas rasa tanggung jawab sebagai
orang Amerika yang telah bersikap tidak jujur, maka pada penghujung bulan
September 1987 itu Joe Biden pun mengumumkan menarik diri dari pencalonan untuk
bertanding dlm pilihan raya presiden US.
Nampak tak kejujuran Pak Biden yang
kafir ni?
Kat Malaysia ini…???
Comments
Post a Comment