Siapa yang tidak kenal Abu Yazid
Al-Busthami, beliau adalah termasuk di kalangan syeikh atau pemimpin kaum sufi.
Namun siapa sangka beliau pernah mendapat ilmu yang sangat berharga daripada
seekor anjing di tepi jalan.
Seperti biasa, Abu Yazid suka
berjalan sendiri di malam hari. Lalu dia melihat seekor anjing berjalan terus
ke arahnya, anjing itu dengan bersahaja jalan dan tidak menghiraukan sang
Syeikh. Namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya
khuatir tersentuh sang anjing yang katanya najis itu.
Spontan anjing itu pun berhenti
dan terus memandangnya. Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar anjing itu
berkata padanya;
"Tubuhku kering dan tidak
akan menyebabkan najis padamu. kalau pun engkau itu merasa terkena najis,
engkau tinggal basuh 7 kali dgn air dan tanah, maka najis di tubuhmu itu akan
hilang. Namun jika engkau itu mengangkat jubahmu kerana menganggap dirimu yang
berbaju dan badan manusia itu lebih mulia, lalu menganggap diriku yang berbadan
anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu tidak akan
bersih walaupun engkau membasuhnya dengan 7 samudera lautan".
Abu Yazid tersentak dan minta
maaf daripada sang anjing. Lalu sebagai tanda permohonan maafnya yang ikhlas,
dia pun lantas mengajak anjing itu untuk bersahabat dan jalan bersama. Tapi si
anjing itu telah menolaknya.
"Engkau tidak patut berjalan
denganku, kerana mereka yang memuliakanmu akan lantas mencemuhmu dan melempari
aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina,
padahal aku berserah diri pada sang Pencipta wujud ini. Lihatlah aku juga tidak
menyimpan dan membawa sebuah tulang pun, sedangkan engkau masih menyimpan
sekarung gandum", lalu anjing itu pun berjalan meninggalkan Abu Yazid yang
masih terpinga-pinga.
Abu Yazid masih terdiam,
"Duhai Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaanMU saja aku tidak
layak, bagaimana aku merasa layak berjalan bersama denganMU, ampunilah aku dan
sucikan hatiku daripada najis."
Sejak daripada peristiwa itu,
Syeikh Abu Yazid pun sentiasa memuliakan dan mengasihi semua mahluk Tuhan tanpa
syarat.
"Janganlah menganggap dirimu
lebih suci daripada yang lain, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang
paling suci di antara hamba-hamba-Nya" (Surah an-Najm).
Semoga beroleh kefahaman. Amiin²
Comments
Post a Comment