Apa yang dilakukan bagaikan
‘mengganggu harimau sedang tidur’…
Peringatan itu mempunyai maksud
amat mendalam kerana kegiatan pusat urut persundalan bukan sahaja berkaitan
dengan sindiket malah jauh daripada itu, ia juga melibatkan amalan rasuah dan
salah guna kuasa serta aktiviti pengubahan wang haram.
Kegiatan itu juga jika dibongkar
akan mengakibatkan sindiket bukan sekadar rugi berpuluh-puluh ribu sehari malah
mencecah jutaan ringgit sehari dan berbilion ringgit setahun…
Sebab itulah dalam apa keadaan
sekali pun sindiket akan cuba mempertahankan kegiatan haram berkenaan…
Sekadar perlu menghulurkan ‘Salam
Perkenalan’ ratusan atau ribuan sebulan kepada penguat kuasa dan menguruskan
segala keperluan yang diinginkan oleh segelintir penguat kuasa tersebut ia
bukanlah satu masalah…
Malah ada penguat kuasa mengutip
wang rasuah secara bulanan bagi melindungi kegiatan itu…
Tetapi…minggu ini…semuanya musnah
apabila SPRM telah membuat kejutan membuat tindakan tersembunyi dengan menahan
seramai 14 individu termasuk seorang ketua balai polis kerana dipercayai
terlibat dalam melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut
di ibu kota.
Tindakan tersembunyi inilah yang
paling ditakuti oleh sindiket akan dibongkar oleh SPRM, malah yang akan turut
gelisah ialah ‘balaci-balaci’ mereka yang berada dalam agensi penguat kuasa…
Selama ini, kegiatan jahat mereka
bermaharajalela kerana segala-galanya sentiasa dilindungi sama ada melalui
amalan rasuah atau `mencampakkan’ wang haram melalui aktiviti pusat urut untuk
‘dibersihkan’ ke dalam pelbagai perniagaan…
Logiknya…kesalahan rumah urut dan
pelacuran bukan di bawah tanggungjawab SPRM….
SPRM sebenarnya melancarkan serangan untuk mengetengahkan isu
ini agar disahut oleh pihak-pihak bertanggungjawab yang sepatutnya.
KS: Lihatlah nanti bagaimana
dahsyatnya amalan rasuah dalam kalangan agensi penguat kuasa dalam isu ini… Agak-agaknya
sampai bila isu ini akan berakhir…???
Comments
Post a Comment