LEBAH JADIAN PERLAHAN-LAHAN MENJADI LALAT DAN SI HIPOKRIT!!!



Akhirnya khabar angin tentang kes rasuah melibatkan Lim Guan Eng dan the geng kembali muncul  dengan pendedahan bersiri oleh si RPK

Bukan KS menyokong RPK atau tidak mahu ambil peduli...tapi kali ini KS ambil pendekatan tunggu dan lihat...

KS teruja hendak lihat permainan orang-orang politik yang baru diangkat oleh rakyat untuk menunaikan janji mereka …apa kesudahannya???

Janji dalam menangani isu rasuah yang kononnya mereka amat-amat benci....walaupun sudah nampak ada unsur-unsur janji 'ke laut'...tapi masih belum terlambat untuk mereka bertaubat...

OK…KS tidak mahu melalut atau potong stim...

Dipendekkan cerita, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP yang disebut RPK perlu jawap dakwaan ini...termasuklah SPRM dan juga Peguam Negara.

Dokumen yang ditunjukkan oleh RPK adalah dokumen rahsia..dan ini merupakan isu serius kerana mendedahkan maklumat sulit…

Isu sebegini bukan saja mengejutkan rakyat tetapi boleh menjejaskan reputasi agensi penting seperti SPRM dan AGC…

Atau sebenarnya lebah jadian perlahan-lahan menjadi lalat dalam agensi itu???

Almaklumlah mereka merasakan menjadi lalat lebih mengasyikkan….selama 1 tahun 9 bulan..duduk dalam kotoran…taik yang dihurung menjadi enak dan mula sebati.

KS ingin ingatkan, tidak dapat tidak segala kotoran dan lalat-lalat perlu dibersihkan...jika tidak, sampai bila-bila SPRM akan terus dipandang jijik dan tidak memberi manfaat pada orang ramai.

Akhirnya mereka merasakan menjadi lalat lebih mengasyikkan...kotoran…taik yang dihurung menjadi enak dan mula sebati...

Kepada LGE and The Geng…sila perjelaskan segala kemusykilan yang ada…

Janganlah bersikap hipokrit bercakap berdegar-degar di depan rakyat kononnya mahu memerangi rasuah dan mempolitikkan statistik rasuah bagi mencari keuntungan politik, tetapi apabila SPRM bertindak terlompat-lompat pula macam kera kena belacan! Boleh bayangkan lalat menjadi kera mendapat belacan???

Comments