Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu gejala rasuah terus diperangi
kerana ia membebankan rakyat dan meruntuhkan asas sesebuah negara.
Al-Sultan Abdullah bertitah dalam
mengejar kemajuan, integriti dan nilai murni hendaklah dititik beratkan.
Baginda juga bertitah, rakyat
bukan saja mahukan pembangunan, bahkan sebuah negara yang bersih, telus,
bertanggungjawab serta mendaulatkan undang-undang supaya negara ke tahap lebih
baik.
Titah Al-Sultan Abdullah ada
asasnya… amalan rasuah membawa pelbagai impak negatif seperti keruntuhan moral
dan penindasan di kalangan masyarakat, kerosakan dan ancaman kepada negara,
serta menggugat keselamatan dan keamanan…
Mungkin juga titah baginda ini
amat bersesuaian sekali dengan gambaran perjuangan SPRM dalam membanteras
rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.
Bukan niat membodek jauh sekali
untuk mengampu… Pendekatan SPRM yang tegas, drastik dan disulami elemen-elemen ‘amat
terkejut’ memungkinkan SPRM kini dianggap agensi paling digeruni di negara
kita.
Lihat sajalah kes-kes SRC
International, RM2.6 bilion, 1MDB, kes melibatkan Felda, Jabatan Air Negeri
Sabah (JANS), dan beberapa kes lagi terutamanya dalam kes melibatkan dana
rakyat dan salah guna kuasa… Tiada yang terselamat semuanya SPRM bertindak
dalam lingkungan bidang kuasa perundangan yang dimilikinya…
Tindakan agresif suruhanjaya ini
dalam membendung rasuah juga telah membantu Malaysia dalam capaian kedudukan
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017.
Ingatlah rasuah ibarat virus… Rasuah
menjejaskan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
Ramai pemegang tampuk negara
dunia digulingkan akibat tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, itu terbukti
dengan tumbangnya kerajaan terdahulu akibat rasuah…
Bersama menjunjung kasih titah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah
Patik Junjung Kasih Tuanku.
Daulat Tuanku.
Comments
Post a Comment