Ketika manusia yang kosong
jiwanya mencari agama, muncul pula segelintir ‘ifrit bertubuh manusia’
memperkuda agama untuk kepentingan mereka.
Fenomena ‘tunggang agama’
bukanlah perkara baharu yang berlaku…
Fenomena ini juga bukan sahaja
terjadi kepada agama Islam tetapi kepada mana-mana agama sekali pun boleh
terjadi.
Baru-baru ini dilaporkan seorang AJK
kanan sebuah Kuil di Kuala Lumpur ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung
pembangunan sebidang tanah dimiliki kuil berkenaan.
Suspek bergelar Tan Sri tersebut
ditahan kira-kira pukul 7.45 malam selepas SPRM menyerbu kediamannya.
Selain penahanan itu, pihak SPRM
turut merampas wang tunai lebih RM1 juta, jam tangan berjenama mewah dan barangan kemas serta menyerbu
pejabat kuil berkenaan.
Jelaslah, agama ditunggang oleh
mereka sesuka hati….Itu tanah kuil…kenapa sanggup diperdagangkan???
Ramai manusia yang bertopengkan
agama dan berbuat jahat sesama manusia tetapi kita tak menyedarinya kerana
mereka ibarat syaitan bertopengkan manusia…
Mereka tegar melakukan apa sahaja
asalkan dapat apa yang mereka mahukan. Dan yang paling sedih sekali kerana
mereka menggunakan agama sebagai topeng utama dan seringkali kita sebagai
manusia biasa ini akan tertipu.
Tutur bicara mereka hanyalah
dusta yang meminta perhatian daripada orang lain. Mereka berani memfitnah
seakan-akan mereka yang menjadi mangsa.
Mereka melakukan haru-biru dan
memporak perandakan hati dan perasaan orang lain semata-mata untuk mendapatkan
apa yang mereka ingin kan.
Mereka jadi lupa bahawa tuhan itu
sentiasa memerhatikan setiap langkah mereka.
Comments
Post a Comment