Mencipta kontroversi demi
publisiti murah adalah mainan bagi RPK…
RPK seolah-olah menjadi hero
kononnya dia sajalah yang pandai menyelesaikan isu mengikut selera overseanya
itu...
Dituduh pula agensi penyiasat
berkaitan tidak menjalankan siasatan terhadap kes-kes tertentu...dituduh pula
SPRM terima suapan RM22 juta..kenapa bukan RM30 juta???...atau RM50 juta??? Bukankah
angka itu lebih senang dikira???
Bercerita lagi kutuk, lagi sedap…
Bila ditanya macam mana RPK tahu semua, rupa-rupanya dia hanya dapat cerita sembang
'kedai kopi'nya…
Malah RPK juga mahu SPRM dihukum
gantung sampai mati…
Apa fakta yang RPK ada???dimana
faktanya..semuanya auta semata-mata!!!
Inilah yang KS katakan sebagai
sampah atau najis yang dilempar dan dihambur kepada masyarakat untuk dihadam.
Keji bukan???
Orang ramai yang tidak mempunyai
akses atau sumber-sumber kredibel berkaitan siasatan ini, sudah pasti menerima
fitnah ini sebagai sesuatu yang sahih.
Tetapi ternyata perkara ini
sampah yang bertujuan menjatuhkan maruah SPRM.
Penyebar fitnah ini terlalu
dangkal umpama mempunyai ketulan najis menyekat fikirannya disebabkan mempunyai
dendam semata-mata...
Dari siri ke siri...Apa yang RPK cuba buktikan???
Tahukah RPK, peranan SPRM adalah
sebagai badan penyiasat rasuah, dan tidak bertanggungjawab dalam menentukan sebarang
kes yang hendak dibicarakan di mahkamah termasuklah isu projek terowong dasar
laut Pulau Pinang.
Malah SPRM telah mengesahkan
telah membuka enam kertas siasatan sejak Julai 2017 lagi…
Suruhanjaya itu juga telah
menjelaskan telah menyerahkan lima kertas siasatan telah dirujuk kepada
Timbalan Pendakwa Raya dan masih dalam pertimbangan dan kajian Timbalan
Pendakwa Raya…
Jelaslah, SPRM hanya berperanan
menyiasat dan tugas pendakwaan terletak sepenuhnya di tangan Peguam Negara dan
setiap kes yang dikemukan adalah berasaskan penilaian Peguam Negara dan Jabatan
Peguam Negara.
Tak kisahlah siapa pun dan bila
disiasat, SPRM akan menyiasat berdasarkan maklumat yang diperolehi.
Apa yang pasti SPRM membuka
kertas siasatan, tetapi sama ada ia akan berakhir dengan pendakwaan atau tidak,
ia bergantung kepada dapatan fakta kes.
Perkara tersebut secara tidak
langsung menepis dakwaan RPK selama ini bahawa suruhanjaya tersebut mengambil
sikap pilih kasih dalam mengambil tindakan.
Lebih malangnya, persoalan
dakwaan rasuah menjadi senjata bagi golongan ahli politik untuk menjatuhkan
lawan berbanding SPRM yang perlu membuat penelitian tentang sesuatu kes di luar
kerangka kepentingan politik di samping hanya bertindak dalam lingkungan bidang
kuasa perundangan yang dimilikinya.
RPK boleh membentuk persepsi
negatif isu rasuah sehingga menjadi pendapat umum…
Namun SPRM tidak boleh bertindak
atas persepsi semata-mata sebaliknya berdasarkan fakta kes siasatan…
Ingat…Tekanan tidak sewajarnya
diletakkan pada bahu SPRM untuk segera membuat sesuatu tindakan. Bagi KS dalam
kes terowong dasar laut Pulau Pinang, maklumat yang banyak disiar dalam media
bukan merupakan dokumen siasatan SPRM…
Cabaran buat SPRM ialah bagaimana
untuk membuktikan pemberian wang dikaitkan dengan perbuatan rasuah dalam kes
terowong dasar laut itu…
Jadi biarlah SPRM buat kerja
mereka, jangan membuat fitnah dengan memburuk suruhanjaya keramat ini hanya
kerana dendam politik.
Pesan KS, sebagai seorang rakyat
yang cintakan negera perlulah rajin mengkaji akta-akta sedia ada. Lihat apa yang
termaktub dalam Akta SPRM 2009. Baca, baca dan baca….
Lagipun, jika RPK tidak berpuas
hati, KS cabar RPK untuk balik ke Malaysia...memohon 'gag order' dari mahkamah dan bukannya membuat
bising di sana-sini hingga mengotorkan minda masyarakat dengan palitan
sampah-sampah!!!
Comments
Post a Comment