BUKAN SATU…TAPI ENAM KERTAS SIASTAN!!!



Semakin hari semakin rancak penjelasan isu projek terowong dasar laut Pulau Pinang diperdebatkan.

Semalam SPRM telah mengesahkan telah membuka enam kertas siasatan sejak Julai 2017 lagi…Dalam enam kertas siasatan itu siapakah yang disiasat SPRM???


Adakah ia individu yang sama seperti yang didedahkan oleh RPK???

Makin panas nampaknya…

Bukan KS menyokong RPK atau tidak mahu ambil peduli...tapi kali ini KS ambil pendekatan tunggu dan lihat...

KS teruja hendak lihat permainan orang-orang politik yang baru diangkat oleh rakyat untuk menunaikan janji mereka …apa kesudahannya??? Lihatlah PRK Semenyih??? Bukankah semakin ketara Pakatan Harapan hilang sokongan rakyat???

Janji dalam menangani isu rasuah yang kononnya mereka amat-amat benci....walaupun sudah nampak ada unsur-unsur janji 'ke laut'...tapi masih belum terlambat untuk mereka bertaubat...

Berbalik kepada projek terowong dasar laut Pulau Pinang, awal-awal lagi projek yang menelan kos kira-kira RM6.3 bilion ini mencetuskan tanda tanya kepada banyak pihak…

Pengumumannya dibuat secara tergesa-gesa sekali gus dinilai tidak lebih hanya umpan politik semata-mata.

Kini selepas hampir 10 tahun projek terowong dasar laut itu terus menjadi pertikaian ketika fasa awal pelaksanaannya difahamkan akan bermula pada bila-bila masa berdasarkan perancangan kerajaan negeri.

Lihat sahaja kos keseluruhan RM6.3 bilion projek terowong dasar laut yang "menakutkan" kerana dianggap terlalu tinggi, angka RM305 juta bagi kerja-kerja kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar (EIA) turut menjadi persoalan.

Antara kebimbangan utama adalah apabila kos RM305 juta itu dibayar menerusi pemindahan hak milik tanah kerajaan negeri seluas kira-kira 44 hektar kepada Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. (CZBUCG).

Ini bermakna, CZBUCG sudah pun dianugerahkan tanah oleh kerajaan negeri hanya untuk menjalankan kajian bagi projek yang tidak dapat dipastikan sama ada boleh dilaksana atau sebaliknya.

Timbul persoalan bagaimana sekiranya kajian-kajian itu mendapati terowong dasar laut tersebut tidak sesuai dilaksanakan?

Apakah nasib tanah-tanah itu dan tidakkah kerajaan negeri menanggung kerugian apatah lagi tanah tersebut terletak di lokasi yang sangat strategik di negeri ini.

Seperkara yang menarik perhatian juga apabila kajian kebolehlaksanaan itu didakwa dijalankan syarikat yang turut sama dianugerahkan projek terowong berkenaan.

Tidakkah situasi itu menimbulkan pertikaian dari sudut ketelusan memandangkan pihak yang menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek adalah pihak sama yang akan melaksanakan projek berkenaan?

Jika dilaksanakan pula, syarikat pemaju diberikan konsesi untuk mengutip tol pada laluan terowong itu selama 30 tahun.

Ini adalah sangat jelas bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan dalam pilihan raya lalu kononnya mahu menghapuskan kutipan tol ???

Berdasarkan apa yang dijelaskan juga Kerajaan Pulau Pinang dalam mewajarkan pemberian hak milik tanah berkenaan adalah sebahagian kajian itu akan digunakan untuk menilai pelaksanaan projek jambatan ketiga sekiranya terowong dasar laut didapati tidak sesuai dilaksanakan.

Tetapi setakat apa yang diketahui sehingga kini, projek jambatan ketiga tidak lebih hanya "cakap-cakap kosong" kerajaan negeri kerana tidak pernah ada permohonan rasmi dibuat kepada Kerajaan Persekutuan, walaupun sudah sealiran sekarang…

Maka timbul persoalan adakah idea jambatan ketiga yang muncul secara tiba-tiba ini adalah tindakan untuk mewajarkan projek terowong dasar laut yang kelihatan sangat mustahil untuk diteruskan.

Kesemua angka-angka yang wujud di sebalik projek terowong dasar laut itu mencetuskan persoalan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab memastikan kos pembinaan projek berkenaan adalah munasabah???

Persoalan itu menjadi lebih kritikal selepas dibuat perbandingan dengan kos Terowong Smart yang 250 peratus lebih rendah berbanding kos anggaran terowong dasar laut.

Bayangkan kos pembinaan Terowong Smart sepanjang 9.7 kilometer (km) yang siap pada Mei 2007 hanya RM1.93 bilion malah dibina lebih panjang daripada jangkaan terowong dasar laut iaitu 7.2 kilometer.

Secara perbandingan juga, untuk satu kilometer terowong dasar laut kosnya mencecah RM500 juta, berbanding kira-kira RM199 juta bagi satu kilometer terowong SMART, sedangkan pembinaan Terowong Smart adalah di tanah batu kapur serta dalam persekitaran populasi dan bangunan yang tinggi…

Adakah ini menjimatkan perbelanjaan kerajaan???

Seperkara lagi adalah berkenaan bayaran baki kos kajian-kajian yang dijalankan bagi pembinaan terowong dasar laut berkenaan kepada CZBUCG.

Baki yang belum dan perlu dibayar untuk kerja dilaksanakan itu sehingga 15 Februari 2017 adalah kira-kira RM70 juta.

Disebabkan kaedah pembayaran atau kos bagi menjalankan kajian ini adalah menerusi pemberian tanah, maka kita mahu penjelasan tanah mana lagi yang akan diberikan kepada syarikat pemaju???

Maka inilah bukti satu lagi kemunafikan janji!!!

KS: Kita tunggu hasil siasatan SPRM yang masih dalam kajian TPR…

Comments