BEZA OOO…



Tun Mahathir semasa dihadapkan ke Inkuri Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan oleh DS Najib bagi menyiasat apa yang kononnya dipanggil skandal FOREX pada tahun 90an tidak pernah sekali pun minta penangguhan….dan yang menariknya yang banyak minta penangguhan ketika itu ialah panel penyiasat dan pendakwaan.

Inkuiri yang keputusannya masih 'inconclusive' atau tergantung sehingga ke hari ini.

Najib sebaik sahaja pertuduhan difail dimahkamah awal tahun ini dah dua kali minta penangguhan…

Itu belum lagi taktik lain untuk melengahkan perbicaraan. Seperti buat permohonan meminta perbicaraan diadakan secara tertutup dan yang terbaru minta ditukar ketua pendakwaan.

Lepas ni sahih dia akan mohon minta ditukar hakim pulak.

Gagal, tak mustahil dia akan minta ditukar kerusi dan meja dimahkamah atau apa sahaja yang boleh diminta tukar bagi melengahkan perbicaraan selama mungkin.

Apa pun sebagai negara yang mengamalkan prinsip keluhuran undang undang dan perlembagaan dimana penyamun pun mempunyai haknya untuk dibicarakan secara adil dan saksama, kita akan layan kan aje.

Potong jari Najib akan kepenjara. Bukti yang ada cukup jelas dan nyata.

Hanya lambat dengan cepat sahaja.

Comments