Tiada angin tiada
ribut...tiba-tiba hari ini akhbar Utusan Meloya dan portal Malaysiakini melaporkan
bahawa hasil penelitian penyiasat SPRM terhadap akaun bank Pas mendapati tiada
wang dari 1MDB dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti politik berkenaan.
Kita faham..media bebas, lantang
dan kritis berdasarkan anutan fahaman masing-masing...seperti juga KS..
Tetapi tidak seperti akhbar milik
UMNO ini dan portal Malaysiakini ini,
mereka wajib mempunyai prinsipnya sendiri iaitu mendokong agenda pemikiran
yang sepatutnya dengan cara lebih rasmi dan berhemah...
Bahasa mudahnya, menyiarkan
berita yang sahih dengan pengesahan pihak yang terlibat...bukan cerita gosip (tidak
melibatkan gosip artis ye) dan khabar angin...
KS sebenarnya tidak kisah pun
sekiranya benar siasatan SPRM tiada penemuan wang dari 1MDB.
Tetapi persoalannya, kenapa
berita ini seolah-olah dimanipulasikan oleh dua media ini. Lebih tidak
beretikanya berita ini tanpa pengesahan dari tuan punya badan iaitu SPRM...
Bagi KS jelas sekali, SPRM baru-baru
ini telah mengeluarkan kenyataan media pada Hari Raya Kedua Tahun Baru Cina menjelaskan
bahawa agensi itu telah menerima laporan yang disalurkan oleh polis berhubung
dakwaan wang sebanyak RM90 juta yang disyaki daripada 1MDB dan dikatakan
dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.
Diulangi dakwaan wang sebanyak
RM90 juta yang disyaki daripada 1MDB dan dikatakan dimasukkan ke dalam akaun
beberapa pemimpin PAS…. KE DALAM AKAUN BEBERAPA PEMIMPIN PAS… KE DALAM AKAUN
BEBERAPA PEMIMPIN PAS… BUKAN SIASATAN AKAUN BANK PAS!!!
Tetapi hari ini, dua media ini
cuba menarik perhatian umum dengan memanipulasikan fakta yang sebenarnya…
Apa niat dua media ini terhadap
SPRM???
Semua orang tahu berita yang
dipaparkan secara online ini beritanya ditulis sebelum ia dipaparkan malah
diedit dan disunting oleh editornya...jadi adakah wartawan Utusan dan
Malaysiakini ini tiada masa untuk mengesahkanatau memahami khabar angin yang
ingin ditulis sepanjang tempoh itu...
Kecuali, mereka mempunyai agenda
sendiri untuk menyorokkan berita ini dari pengetahuan SPRM sebelum dipaparkan
kepada umum....jika ini yang berlaku jelas sebenarnya mereka 'pondan' dan tidak
beretika...
Jika beginilah sikap media hari
ini...maka KS rasakan pengamal media di negara ini sendiri yang telah
meletakkan darjat mereka di tong sampah...
Bayangkanlah...ekspatriat atau
mana-mana pelabur asing membaca media arus perdana kita...pasti mereka kata
'what the hell' cerita gosip agensi kerajaan jadi bahan berita
utama...hahaha...gosip ok...gosip...
Adakah mereka beranggapan berita
gosip ini boleh memajukan negara??..Adakah mereka fikir berita gosip tidak
memecahbelahkan organisasi...tidak memperdaya orang ramai..??? Malah lebih
teruk menganggu hasil siasatan yang masih dijalankan oleh SPRM…
Jadi mana yang dikatakan sebagai
media boleh membentuk fikiran dan budaya masyarakat...yang dibentuk ialah
budaya fitnah dan khabar angin....
KS: Hendak menulis biarlah fahami
dan hayati apa yang telah dinyatakan, janganlah memanipulasikan kenyataan agensi
tersebut…Logiknya KS nak pesan masa bila pula orang masuk duit haram dalam
akaun rasmi??? Kalau macam itu susah nak beli vellfire baru…
Comments
Post a Comment