*HENTIKAN FITNAH DAN BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT*
Putera Muhammad adalah antara contoh manusia tidak berguna yang
terhasil daripada regim UMNO yang menjadikan fitnah sebagai senjata untuk
melemahkan dan menjatuhkan nama baik sesebuah institusi atau individu tertentu
dengan niat jahat beserta dendam kesumat yang membuak-buak semenjak kehilangan
kuasa pemerintahan.
Mainan fitnah ini diwarisi sejak 61 tahun pemerintahan UMNO dan sering
digunakan untuk serangan bersifat peribadi. Fakta diselewengkan dan dikaburkan
dengan cerita-cerita bersifat polemik yang kebiasaan menarik minat manusia
seangkatannya yang terus-terusan menerima berita tanpa usul periksa.
Secara berterusan, Putera Muhammad menyerang ahli parlimen Baling
dengan pelbagai tuduhan. Jika dilihat secara kasarnya, serangan ini seolah-olah
diasaskan oleh pejuang rasuah sejati.
Namun bila diamati dengan teliti menerusi beberapa siri serangan bukan
sahaja terhadap Azeez Rahim, malahan yang betul-betul jahat mainan beliau
bilamana azam baki turut difitnah dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk
akal. Tanpa Azam Baki, azeez rahim yang berdepan dengan puluhan pertuduhan
rasuah akan bebas malah mungkin juga berarak sebagai master mind di PRK
Cameroon Highland dan PRK Semenyih ketika ini. Sejak dituduh dimahkamah, wajah
yang tidak asing dalam mana-mana PRK sebelum ini lenyap dan hilang tanpa khabar
berita.
Apakah niat sebenar putera muhammad dalam usahanya menyerang
kredibiliti azam baki dalam kes azeez rahim? Beliau sepatutnya berterima kasih
kepada azam baki dan sprm kerana telah mengheret penyamun besar macam azeez
rahim ke mahkamah. Siapa sebenarnya putera muhammad ini? Adakah beliau ini
hantu raya jelmaan yang dibela oleh azeez rahim selama ini sehingga kejatuhan
azeez yang membuatkan makanan atau dedak yang ditabur untuk hantu raya ini
telah terhenti secara mengejut. Bila hantu dah kebulur maka darah tuan akan dihisap
sebagai ganti. Itulah agaknya resam hidup sebagai hantu raya.
Hantu raya memang hidup memakan tuan dan mungkin tidak mengikuti
perkembangan semasa. Kalau hantu raya macam putera muhammad ini baca
suratkhabar atau melayari internet maka sudah tentu berita pertuduhan azeez
rahim dan abang beliau diketahuinya.
Jika dirujuk laporan akhbar di muka hadapan kebanyakan media bertarikh
16.1.2019, azeez rahim telah dihadapkan ke mahkamah dengan 12 pertuduhan rasuah
dan pengubahan wang haram yang melibatkan nilai berjumlah RM140 juta . Manakala
abang beliau telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan bersubahat dengan
azeez menerima rasuah berjumlah RM4 juta.
Difahamkan masih banyak lagi pertuduhan berbaris menunggu untuk
dihadapi oleh azeez rahim.
Putera Muhammad harus menjadi lebih jantan dan berani berhadapan dengan
sprm. Dengan bersikap seperti pondan yang membaling batu sembunyi tangan tidak
akan menyelesaikan apa-apa masalah. Carilah isu lain untuk menjadi hero dan
bertaubatlah sebelum terlambat. Fitnah itu adalah antara dosa besar yang tidak
terampun. Lebih-lebih lagi dosa kepada manusia.
Azam baki tidak pernah takut dengan fitnah putera muhammad yang menuduh
beliau menerima rasuah. Tiada apa yang perlu ditakutkan atau sampai perlu
bersumpah laknat. Buktinya jelas, tiada sebutir perkataan pun yang terkeluar
daripada mulut azeez rahim sepanjang tempoh tahanan reman dan siasatan
berlangsung yang mengatakan azam baki pernah menerima duit. Yang pasti, mantan
KP dan orang kanan beliau yang disebut azeez rahim menerima sejumlah RM300,000
sebagai sogokan. Jumlah ini hanya kecil berbanding nilai barang-barang yang
disumbangkan oleh azeez rahim dalam program ziarah kasih di seluruh negara.
Semua sumbangan ini diterima hanya kerana hubungan mesra mantan KP dulu dengan
azeez rahim. Agak-agaknya apa dah jadi dengan kes orang kuat mantan yang
dikatakan menerima sogokan di atas bagi pihak mantan. Kenapa senyap je
siasatan. Apa dah jadi? Bila pula nak tuduh orang yang betul-betul terima
sogokan dari azeez rahim tu. Mungkin makin didiamkan kes pegawai khas tu maka
putera muhammad semakin keliru dan sering tersilap antara mantan KP dan azam
baki yang disogok Baling.
Putera Muhammad sepatutnya menyerang mantan KP dan apakah muslihat
menuduh azam baki pula. Adakah ini mainan untuk membalas dendam bagi pihak
azeez rahim yang dituduh mahkamah hasil usaha azam baki?
Jika diamati betul-betul, putera Muhammad ini sebenarnya ialah agen kpd
mantan kp sprm dan kuncu kuncunya yg masih ada di sprm. Tak serik-serik lagi
kuncu-kuncu ni bersandiwara. Cukup-cukuplah menjadi api dalam sekam kerana
tugas dan tanggungjawab sprm diera Malaysia Baru jauh lebih penting berbanding
politik dalaman yang memecahbelahkan sesama anggota.
Belajarlah daripada kesilapan. Tuhan pernah meletakkan diri kita
ditempat yang tinggi suatu ketika dulu. Disebabkan kita lalai akan
tanggungjawab dan berkerja untuk nama serta jawatan swmata-mata maka kita
hilang kesemuanya sekelip mata. Sikitul dan pencacai yang selama ini
mengelilingi kita akhirnya bertempiaran lari kesan dari lupa daratan sebelum
ini.
Buangkan sifat dengki dan jangan terlalu mudah untuk berkata apa yang
kita buat untuk bangsa, agama dan negara. Fitnah dan kejahatan yang disemai
sebenarnya untuk menghancurkan bangsa, agama dan negara kamu jua.
Sila kongsikan dalam grup Whatsapp, telegram, facebook.
KS: Inilah yang dikatakan 'sampah'
dan 'najis' bukan fizikal berbentuk fitnah atau propaganda jahat yang
'dibuang' menerusi media-media khususnya
media sosial. Sampah dan najis ini jika tidak dicuci maka itulah yang akan
masuk dan dihadam dalam minda masyarakat. Janganlah mengotorkan minda
masyarakat dengan palitan sampah-sampah. Paling penting, biarlah SPRM buat
kerja mereka, jangan membuat fitnah dengan memburuk agensi keramat ini hanya
kerana dendam politik.
Comments
Post a Comment