Toyota Vellfire…Range Rover…Mini
Cooper… rumah kedai bernilai RM2 juta dan kira-kira RM2.3 juta dalam akaun bank
milik beberapa pemimpin Pas..diulangi milik pemimpin Pas di sita SPRM, hari
ini.
SPRM dipercayai sedang memberi
tumpuan mengenai dakwaan ‘jejak perbelanjaan’ dalam siasatan terhadap laporan
pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada 1MDB.
KS difahamkan, tumpuan siasatan agensi
itu kini membabitkan bagaimana pihak yang didakwa itu menerima wang berkenaan
iaitu perantaraan yang digunakan dalam penyaluran wang itu, serta ke mana wang
itu dibelanjakan.
Dikatakan tumpuan utama siasatan
SPRM adalah mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Berbuih KS jelaskan sebelum ini, agensi
itu bertindak dalam lingkungan bidang kuasa perundangan yang dimilikinya dan
agensi itu juga tidak boleh bertindak atas persepsi semata-mata sebaliknya
berdasarkan fakta kes siasatan.
Hari ini SPRM membuktikannya…
tiada istilah pilih bulu…tumpuan siasatan SPRM jelas terhadap beberapa pemimpin
Pas…jalan kebenaran nampaknya sudah mula terbentang di depan mata kita semua.
Tiada lagi bohong syarie atau
bohong yang dibenarkan dalam hal ini…
Comments
Post a Comment